PERPISAHAN
Hari ini, hati ini seperti merasai satu kehilangan
Walaupun detik itu belum lagi terjadi
Namun perasaan ini sudah mahu meledak
Menghamburkan segalanya dalam hati
Wajah tersenyum hati mula menangis
tiada siapa yang mendengarnya
Disini kita bertemu
Tanpa mengetahui apa yang akan hilang
Disini kita merasai ada yang pasti hilang
Tanpa mengetahui apa yang kita temui
Dan kita seakan terus mencari
Tanpa kita tahu ianya sudah hampir datang.....
Akan ada kerinduan yang merutun jiwa?
Akan kukuhkah kenangan diminda?
Akan tersimpankah ia menjadi sejarah?
Semuanya masih belum pasti
Tetapi pada ketika ini, saat ini dan dihati ini
Seakan-akan tidak mahu menerima
Sebuah kenyataan yang pastinya akan terjadi
Masa………….
andai aku mempunyai kuasa
tidak akan ku benarkan ia berputar
kerana aku takut pada perpisahan
Maafkaanlah aku