Khamis, 26 Mei 2011

Perkara yang Paling Aku Sesali

Assalamualaikum.Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Demi Allah yang menciptakan segala yang ada di langit dan segala yang ada di Bumi.Alhamdulillah kerana masih setia bersama-sama dengan Bob.Masih sudi rupanya korang menjengah ke blog ni.Terima kasih daun keladi.Hehehe.Baik-baik dengan daun keladi.Nanti miang satu badan.Kang sapa yang susah?Family korang jugak yang susah kan.Entry malam ni bukan la entry yang berbentuk ilmiah.Entry kali ni lebih kepada pengalaman hidup.Luahan rasa hati Bob sendiri.Korang ada tak benda yang paling menyesal sebab tak sempat buat.Hurm.Kalau ada tu share la dengan Bob.Hehehe.I have one.Sangat menyesal sebab tak sempat buat.

Benda yang paling Bob menyesal dalam hidup Bob ialah Bob takdak di sisi arwah tok Bob time tok Bob nak meninggal.Menyesal sangat-sangat.Sedih.20/07/2007 merupakan satu tarikh yang takkan Bob lupa.Sampai bila-bila.Tarikh pemergian insan yang paling Bob sayang dalam hidup.Ketika itu,hidupku kosong.Tiada apa lagi yang tinggal.Tiada ku berkata-kata.Aku diam seribu bahasa.Hanya linangan air mata yang bisa ku berikan pada tetamu yang hadir.Hurm.

Ingat lagi time tu dalam pukul 5 lebih.Lepas tengok cerita Mutiara Hati.Bob pi keluar rumah.Ambik angin kat depan rumah.Sambil-sambil tu Bob pasang lagu ending Mutiara Hati.Petang tu memang rasa tak sedap hati dah.Tapi tidak ada siapa pun yang mampu menjawab persoalan itu.Tiba-tiba deringan telefon di rumah kedengaran.Bob buat tak tau je.Mak yang angkat.

“Apa!Mak jatuh bilik air”

Itulah apa yang keluar dari mulut mak Bob.

“Tok jatuh bilik air ka mak?”

“Ha.Pi bersiap cepat.Habaq kat acu hang sama.Tok hang duk melalut dah tu,”

Bob terus ke rumah Acu yang tak jauh dari rumah Bob.

“Acu,pi bersiap cepat.Tok jatuh bilik air.”

“Ya Allah.Macam mana boleh jatuh ni.Sat-sat nak bersiap dulu,”

Bila semuanya dah ready,kami terus bertolak ke Changlun.Doa tak putus-putus dari dalam kereta time tu.Berdebar-debar.Takut.Sampai je Asun,sebuah ambulans memotong kami.Hati ni makin bimbang.Ntah-ntah ambulans ni pi rumah tok pa.Soalan ini tiba-tiba muncul secara tiba-tiba.Aku terus menelefon tok wan aku di kampung.

“Tok Wan ada telefon ambulans ka?”

“Ada.Awat.Tau mana?”

“Ambulans tu selisih dengan kami kat Asun ni,”

“Takpa-takpa.Pesan kat abah hang suruh bawak kereta elok-elok,”

Hati aku makin tak sedap.Sangat gelisah.Hati aku bertambah remuk bila aku sampai rumah tok aku.Orang ramai.Semuanya pakai baju kurung.Yang lelaki pakai kopiah ngan songkok.Aku longlai.Apa yang aku takutkan dah jadi kenyataan.Tok aku dah pergi.Masuk je ruang tamu,semua orang tengok aku.

“Ni la cucu gemuk Tok Mah.Tok Mah sayang sungguh ni dengan yang ni”antara kata-kata yang aku masih ingat.

Aku masuk bilik tengah.Kelihatan sekujur badan sedang baring di atas katil.Aku longlai.Aku terus pengsan.Selepas aku sedar,time tu dah malam.Dah Isyak.Baju hitam aku tu dipenuhi dengan air mata.Aku bisu malam tu.Aku menuju ke arah tok wan aku.

“Awat tok wan tak habaq yang tok dah tak dak.awat tok wan bohong along?”Tok wan hanya diam.

“Tok wan takut nanti hampa bawak kereta laju-laju.tok wan takmau kehilangan hampa,”aku kembali nangis.

Aku masuk kat bilik depan.Tenang je wajah Tok Mah time tu.Macam tengah tidur.Aku mendekati sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa itu.Tiba-tiba,Imran masuk.Imran ni budak yang tok aku mengasuh.Baru berusia sekitar 6 tahun.Tok aku mengasuh dari kecik lagi.Dari umur dua tahun kot.

“Ayah,nape Cik Mah tidur tu.Kita mai rumah dia.Tapi dia tidur pulak,”aku sebak gila time ni.

“Cik Mah dah takdak.Allah dah ambik Cik Mah dok dengan DIA.”ayah Imran menjawab.Aku hanya diam.Aku tak mampu nak kata apa-apa.

Pak Long aku masih belum sampai.Pak Long aku dok kat KL.Malam tu aku baca Yasin di hujung kepala tok aku.Aku tatap wajahnya puas-puas.Air mata masih lagi mengalir.Adik-adik tok aku pun datang baca Yasin dengan aku.Malam tu aku tidur sebelah tok aku.Malam tu malam last aku tidur dengan tok aku.

Dalam pukul 4 pagi,Pak Long aku sampai.Matanya merah.Aku tahu.Pak Long pon sedih.Pak Long terus masuk bilik.Dikucupnya tok aku.Aku hanya melihat.Tak mampu nak kata apa-apa.Pastu ayah aku bawak tok wan aku pergi makan.Aku rasa kehilangan sangat-sangat time tu.Aku tiada siapa-siapa lagi.

Pagi tu dalam pukul 9 pagi,dorang mandikan jenazah.Aku pon pi sama.Aku menangis.Aku tatap wajah tok aku lagi sekali.Sebak sangat.Dalam pukul 10 lebih jenazah dibawa ke ruang tamu.Untuk dikapankan.Pastu,tukang kapan tu panggil.

“Waris si mati kalau nak cium mai cepat,”

Aku orang pertama yang pi.Sebak.Pilu.Hati aku hancur.Terus ku kucup dahi Tok Mah.Ku kucup pipi Tok Mah.Aku kena redha.Redha dengan pemergian Tok Mah.Selepas semuanya selesai,jenazah Tok Mah dibawa ke Masjid Ihya Ulumuddin,Changlun untuk disemadikan.Time nak solat jenazah tu,siak masjid tu datang memeluk aku.

“Sabar Along”

Aku tak mampu nak kata apa-apa.Aku lemah.Time nak dikebumikan tu,ditanya sekali lagi.

“Sapa yang nak tengok muka Tok Mah untuk last time tu mai cepat.”

Sekali lagi aku pi tengok.Aku menangis lagi.Lepas ni,wajah orang yang aku sayang akan dimamah ulat.Aku tak mampu untuk memikirkannya lagi.Aku tahan juga sampai semuanya selesai.Urusan pengebumian jenazah berjalan dengan lancar.Alhamdulillah.

Sekarang ni dah 4 tahun tok mah pergi.Rasa kehilangan tu sangat la dirasai.Setiap kejayaan Along dapat,Along tak sempat nak share dengan tok.Along paling sedih time ada budak diploma tu mendaftar time sem lepas.Along nampak dia bawak tok dia mai jugak.Along dah tak dak tok.Along rindu sangat-sangat kat tok.Along tak tau nak luah kat sapa.Along tak pernah luah kat mak.Along tak pernah luah dekat acu.Kat blog ni la tempat Along luah.Walaupun tok dah tak dak,tok tetap hidup dalam hati Along.Along rindu nak dengar leteran tok.Along rindu masakan tok.Along rindu nasi  goreng tok.Along rindu semua yang berkaitan dengan tok.

Sekian sahaja entry kali ni.Maaf kalau emosional sikit.Sekadar luahan.Semoga Tok Mah ditempat dalam kalangan kekasih Allah.Al-Fatihah.

Selasa, 24 Mei 2011

Cita-Cita dan Impian

Assalamualaikum.Hai semua.Ok Bob mengaku.Blog Bob kembali bersawang.Ahahahaha.Abaikan.Lalalala.Actually memang busy sikit.Arghhh..Tak sabar nak balik MERBOK.Ni adalah kenyataan ok.Ahahaha.Ni last sem kat Merbok.Of kos im gonna enjoy this sem.Enjoy?Tak la sangat.Study kena la konsentret kan.Hurm.Apa-apa pun sem ni akan ku lakukan yang terbaik demi menggapai sebuah impian.Hehehe

Cita-cita.Semua orang ada cita-citakan.Tipu la kalau orang tu takdak cita-cita langsung.Mesti ada sekurang-kurangnya satu.Dulu ingat lagi.Time sekolah rendah dulu Bob nak sangat jadi saintis.Sikit-sikit saintis.Sikit-sikit saintis.Bengong gilerr..Ahahahha.Cita-cita tu terus melekat dalam minda Bob sampai la masuk sekolah menengah.Masuk je sekolah menengah terus ada cita-cita baru.Cita-cita baru Bob yang baru ni nak jadi cikgu.Kerja sebagai guru ni mulia.Best pe jadi cikgu.Kan3?Cita-cita ni terus kekal sampai la form 5.Ouh ye.Bob nak jadi cikgu SEJARAH.Hehehe.Subjek yang paling orang tak suka.

Masuk je form 5,hidup Bob berubah dengan kehadiran seorang guru ni.Cikgu tu bernama PUAN HAZRIYANI BINTI HASHIM.Kehadiran cikgu ni memberi impak yang sangat besar dalam hidup Bob.Cikgu Hazriyani ni bekas lawyer tau.Huhuhu.Lepas tu la Bob makin jatuh hati dengan bidang perundangan ni.Cikgu ni mmg rock.Kami semua sayang cikgu ni.SAYANG SANGAT-SANGAT.Kadang-kadang nampak sangat yang kami ni bias.Ahahaha.Tapi sapa kesah kan.Sedikit demi sedikit rasa cinta itu berputik.Haish.

Sekarang ni,Bob merupakan pelajar ASASI UNDANG-UNDANG di UiTM Kedah.Pelajar semester ketiga.Setakat la ni pointer tu Alhamdulillah.Tapi takut sangat ngan MUET.Harap-harap ok la.Ni la peluang Bob untuk menggapai cita-cita Bob.Dan saya akan buktikan pada suara-suara sumbang di luar sana yang mengatakan LAW UiTM ni tak hebat.Korang tunggu je la.Tapikan masuk je universiti,cita-cita berubah lagi.Nak jadi lecturer pulak.Ahahahaa.Dak2.Lawak ja.Bob tetap nak jadi LAWYER.Semoga cita-cita Bob menjadi kenyataan.Amiin.Dan gaji pertama Bob,Bob nak guna untuk buat kenduri arwah kat arwah tok Bob.Sebab sebelum tok meninggal,tok ada sebut harap2 sempat la nak rasa gaji pertama Bob.Sampai sekarang Bob rasa kehilangan yang amat sangat.Al Fatihah.Semoga roh beliau diletakkan bersama para kekasihNYA.Ok sampai sini dulu la ye.Kita jumpak lagi nanti.Papai semua.Love all of u so much.Heee.Assalamualaikum Smile

Khamis, 19 Mei 2011

Berehat Sebentar~

Assalamualaikum.Hola.Hai.Welcome back.Lama betul awok bercuti kan.Hehehe.Bukan apa.Awok busy la.Macam-macam benda kena buat.Hurm.Ni je baru free.Actually dah ready mcm-mcm entry dah.Tapi semuanya dah terlepas.Takpe.Nanti Bob post ek.

Haritu adala buat beberapa entry ni.Macam entry 13 mei.Hari guru.Tapi semuanya tak sempat nak post.Kesian kan.Adoi.Hari Guru haritu sibuk sangat-sangat.Ye la.Kena buat lintas langsung.Seriusly ni la lintas langsung yg paling kela kabut.Tapi tetap mantop.Hehehe

Nanti Bob buat entry pasal hari guru hari tu.Meriah habes habaq hang.Tambah-tambah bile pengetua menyanyi.Fuhh..Memang stail la.Ahahaha.

Sekarang ni Bob busy layan cerita korea ni.Tajuk DREAM HIGH SCHOOL.Best jugak cerita ni.Hehehe.Ok la.Sampai sini dulu Bob berceloteh.Nantikanlah ole-ole dari Bob.Papai.

dream_high_poster

 

Khamis, 12 Mei 2011

7 April 2011?Ada apa dengan Tarikh ni?

Assalamualaikum..Ehem.Testing-testing.1,2,3.Uhuk.Pak Jabit mesti jeles ngn awok sebab awok ada mikrofon ni.Hehehe.Errrr..Maaf la melalut.Hurm.Hai korang semua.Thank you so much sebab sudi lagi singgah kat blog awok ni.Blog awok ni idok le hebat sangat.Namun,korang tetap datang.Sayang la kat korang suma ni.Heee~

Ok mukaddimah kat atas ni melalut kan.Sabo je la.Melalut mcm org tua.Huhuhu.Ada apa ngan tarikh kat atas tu?Penting sangat ke?Takde la.Bob suka kalau dapat berkongsi dengan korang suma ni.Sebenarnya Bob dah menceburi dunia blog ni dah lama dah.Sejak dari 2009 lagi.Tapi tu la….Errrr…Ala besa la.Bersara sekejap.Hohoho.Bukan tak dak idea ke apa.Tapi hilang keyakinan untuk berblog ni.Huhuhu

adib hensem kan?

Namun,keyakinan ini dikembalikan dalam sekelip mata.Kini,Bob kembali berpijak di bumi yang nyata. *sigh.Tapi seorang sahabat aku membantu aku.Bantu untuk menyedarkan Bob.Huhuhu.Mula-mula mesti la kat Adib @Bidor.Dia banyak tolong Bob.Betul la.Tak tipu punya.Adib ni baik.Ha ingat lagi.Adib ada SA kot.Pergghh..Sejak-sejak ada blog,terus ada SA.Ahahahaha.Adib slalu je ajar awok.Terharu..Time ni,semangat nk berblog tu mmg berkobar-kobar.Tapi…….Akhirnya berkubur kembali.Im sorry.Besa la.Hangat-hangat taik lembu.Huhuhu.

Pastu yang kedua pulak ni ha Miss Shikio ni.gadis yg ketagihan choki2.Ahahahhaaha.Herm.I learned a lot from her.Layout baru.Buat itu la.Buat ini.I makeup blog I elok2(walaupun tak la elok sangat).Huhuhu.7 April 2011 tarikh keramat.I buat comeback uollss.Hohoho.Miss Shikio ni jahat.Suka buli saya.Sob3.Sedih.Tapi dya baik.Tak habis-habis ngan choki2 dya.Ha.One more thing.Miss Shikio suka durian.Bhahahahhaa.

Terima kasih diucapkan kepada mereka yang bertanggungjawab membawa Bob pulang ke arena blog ni.(ayat macam diva gila)Aahahahahha..Sayang korang suma.Mmmmuaaahh~

“FROM BOB WITH LOVE”

Rabu, 11 Mei 2011

Back To School la weh

Assalamualaikum semua.Wah lamanya tak update blog.Huhuhu.Rindu la kat korang semua ni.Ok2..Korang suma apa kabar?Sihat ke?Err..Dah makan?Hehehe.Hurm..Harap-harap korang sihat.Ok korang mesti dh baca kan title untuk entry kali ni.Back to school?Apa kejadahnya suma ni.Haish.Dah habeh sekolah pun kena pi sekolah lagi ka?Hampeh betoi kan.

Dak aih.Korang semua jangan la salah sangka.Kali ni Bob ni share ngan korang pengalaman Bob time wat reunion kat SMK JITRA pada 9 Mei yang lalu.Eh2.Reunion ke?Tak ramai pon.Cuma 10 je.(lebih kurang la).Tapi takpa la kan.Bob anggap macam reunion la sebab kami kumpul ramai2.

Mula-mula tu plan nak makan roti canai dulu.Makan dalam pukul 8.30 pagi.Tapi…errrr..Bob datang lewat aritu.Hehehe..Dan-dan kena fire ngan Aizat ngn Zamer.Ahahahaha.Hani pon mai gak.Apa?Hani yang mana?Ala hampa check la kat RAKAN SEGOSIP Bob.Ada la gamba Hani kat situ.Hani mai naik bas.Dia mai ngan onichan.Onichan pon join tau.Hehehe.Kesian dorang.Dorang kena tinggal bas.Ahahahaha.Last-last kena naik teksi.Tak pasal-pasal je melayang RM10.Huhuhu.Banyakkan.Pagi tu Mimie pon join makan roti canai gak.Huhuhu.Kiranya pagi tu meriah gak la.Lebih ramai dari biasa.Hehehe.Pukul 9 lebih baru start makan.Argggghh..Jadual lari.Sabo jee la~

Pastu kami bergerak la kat lab.Perut dah kenyang kan.Gendang gendut tali kecapi.Kenyang perut kentut berapi.Eh2.Dak-dak.Maksud Bob ialah senang hati.Hehehe.Pagi tu just pi sekolah sembang-sembang ngan cikgu.Takde aktiviti menarik sangat.Huhuhu.

Ok kita masuk ke aktiviti tengah hari.Tengah hari tu kami pi ANEKA.ANEKA la.Korang tau ke?Ala.Aneka ni shopping complex.Tak la feymes macam PAVI tapi sapa yang dok kat Jitra dan kawasan sekitar dengannya mesti tau apa itu ANEKA.Kami jumpak kat sana pulak.Dorang nak main boling.Adess.Masuk je ANEKA terus haus.

“Onichan.Haus la.Jom la beli ais blended tu,”Bob pujuk onichan.

Onichan tengok je.Pastu dia kata “Jom la.Dahaga gak ni.”

“Kak,bagi yang perisa chocolate oreo tu kak.Tak mau tambah apa-apa tau,”Bob mengorder.

“Along,tolong order sat.Segan la,”kata onichan.

“Arghh..onichan ni.Yang tu pun nak segan,”Bob buat muka.

Kami pun minum la Chocolate Oreo tu.Sedap tau.Huhuhu.Time ni kami jalan bertiga ja.Ngan Pizi sama.Hani ngan Mimie pi mana ntah.Merayap la tu.Haish.Puas pusing,tengok-tengok Mimie and the gang pon sampai.Man pon ada skali.Ouh ye Eman pun join kami tau.Ahhahaha.Kami tengok Mimie bawak kek Secret Recipe.

“Lapaq chocolate indulgence(btoi ka eja cmni.lantak la) la plak”Bob habaq kat Mimie.

“Ada-ada tapi Akmal punya,”

 

SAM_2504

SAM_2506

SAM_2507SAM_2511

 

Dalam hati tu memang best giler la.Ahahaha.Tapikan nak diet..Errr.Ala.Hari tu off diet dulu.Terpaksa la.Huhuhu.Last2 makan gak kek-kek tu.Ahhahaha.Dorang tu main boling macam pro.Hayun bagai nak rak.Last2 masuk longkang gak.Ahahahaha.Ok2.Perlawanan Boling tu dimenangi oleh Pizi.Wahahaha.Onichan number 3 ka.Bhahahah.Padan muka.

SAM_2519SAM_2521

Pas dah penat hayun bola boling tu,dorang pon lapaq.Dah tu nak makan kat tempat mahal.Makan la kat Restoran Hamiidah ke.Murah la sikit.Ahahahaha.Aku makan chicken chop.Onichan makan snack busket.Apa-apa pun thankz ye onichan.Kami sembang punya la sakan kat restoran tu.Bising gila,Macam jakun je aku rasa.Ahahaha.Dah kenyang tu kami pun turunPi maxis centre lak.Hani tu.Sim kad dya kena block.Kesian dia.Huhuhu.Pastu sempat la tangkap gamba.Posing sikit-sikit.Dan terus blah.Panas kot time tu.HuhuhuDan onichan kata nk mai lagi.Onichan ajak Bob tgk cite KUNG FU PANDA 2.Huhuhu.Best.

Ok see uolls next entry ok.Ada salah silap tu mintak ampun.Papai suma Winking smile

SAM_2522

~TAMMAT~

Isnin, 9 Mei 2011

Madu itu Manis Part 2

Assalamualaikum suma..Apa kabar?Hehehe.Hari ni lambat sikit post entry..Argghh..Sebab terlalu asyik sembang ngan Onichan n Firah.Sangat best ngn depa malam ni.Hepi je.Ok kita kembali ke topik asal kita.Entry kali ni merupakan kesinambungan daripada entrry sebelum ni.Jika entry sebelum ni menceritakan penggunaan madu dari perspektif Islam,kali ini izinkan saya untuk berkongsi khasiat-khasiat yang terdapat kat madu ni.Hohoho.Sebenarnya madu ni banyak khasiatnya.Nak tau khasiat madu tak?Jom la kita baca.Zasss~




A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.



B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.



1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.



2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.



3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.



4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.



5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)



6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.



7. IBU MENGANDUNG
1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.



8. ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.



9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.



10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.



CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.



“MIRACLE ANTIBI0TIK”
SAPULAH MADU HUTAN ASLI JIKA ANDA
a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.



MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN
a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.



Perhatian:
Jangan disimpan dalam peti sejuk.
elakkan dari memakan madu bersama tembikai.
elakkan dari terkena pancaran cahaya matahari.
jauhkan dari litar elektrik.
kurangkan pendedahan kepada unsur logam dan haba.
jangan gunakan madu untuk rawatan penyakit kronik tanpa nasihat pakar.




p/s madu ni banyak kegunaan kan.Napa la golongan wanita ni tak suka madu.haish.ahahahhaha

Sabtu, 7 Mei 2011

Perfume dan Aku~

Assalamualaikum.Hye.Ha mai-mai cheq nak habaq satu cerita.Hehehehe.Cerita apa?Ha ce teka ce teka.Hehehe.Ha awok nak nanye ni.Kome suma suka perfume tak?Hurm.Secara peribadinya awok ni suka sangat ngan perfume.Ahahahha.Sampai mak saya menggelarkan saya dengan gelaran “HANTU PERFUME”.Huahuahua.Tetttttt…Korang mesti ada perfume feberet kan.Ahahaha.Ok entry kali ni awok nak kongsi ngan korang tentang perfume feberet awok.Heee~

Ha nampak dak gamba di atas.Hehehe.Uwww..Midnight Fantasy.Ni la salah satu perfume feberet saya.Hehehe.Wangi gilak.Hohoho.Ha apa-apa?Perfume ni perfume perempuan?Hurm.Yup.Memang perfume perempuan pun.Hehehe.Bau perfume ni macam gula-gula.Sweet je.Suka sangat-sangat ngan perfume ni.Hohoho.Ha ni ada review pasai perfume ni.korang baca Di sini.

Ok perfume ni pon ok jugak ni.Anna Sui-LIVE YOUR DREAM.Sangat best.Ouh ye.Satu benda yang awok suka pasal Anna Sui ni ialah botol dia cantik.Unik beb.Betul la tak tipu.Hehehe.Botol dia cantik dan melertz gituh.Bau dia pun lembut je.Ok je.Huhuhu.Nak maklumat lebih lanjut,baca la Di sini.

Setakat ni la dulu entry kali ni.Hehehe.Ha amacam.Apa perfume feberet korang?Share la ngan Bob.Huhuhu.Komen la kat bawah ni.Hehehe.Sekian dulu ya.Assalamualaikum.Semoga korang bahagia-bahagia slalu.Take uolls.Sayang korang Winking smile

 

Jumaat, 6 Mei 2011

Future Manga-ka Maybe?

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Assalamualaikum suma.Apa kabar uolls..heee..Anyeong.Welcome back.Hurm.Korang suma sihat ke?Harap-harap la sihat la ye.Hurm.Entry kali ni pasal apa ek?(pikir sejenak).Korang tau tak?(pikir lagi).Ok2.Mai sini cheq habaq.Kali ni entry khas untuk my bestfren or I called him onichan.Hohoho.Onichan ni kawan baik awok la.Baik sangat dya ni.Huhuhu.

Onichan ni suka melukis.Lukis anime.Lukisan dya sangat cantik.Betul.Tak tipu la.Lukisan dya comey.Hehehe.Dia ni kalau bab-bab lukis memang tekun.Huhuhu.Sebagai penasihat onichan,saya sentiasa menyokong onichan.Come on onichan!Hehehe.I know u can do it.Awok harap satu hari nanti onichan mampu untuk menjadi seorang kartunis bertaraf dunia.Aminn..Ha.Korang nak tengok lukisan onichan tak?Nak ke?Kalau nak jom kita terjah.

sketch

cantik tak?

58056_1481287722270_1536122426_30953784_838058_n

amacam.stai dak?

154626_1445230380859_1536122426_30887769_6365235_n

ok dak lukisan ni?

162816_1481274681944_1536122426_30953776_1183782_n

comey dak?

148800_1445234820970_1536122426_30887776_4118558_n (1)

hehehe..kaki hilang~

164797_1523466856722_1536122426_31028899_5662874_n

nampak dak?

222647_1645080496987_1536122426_31184709_2311708_n

colour version Smile

Seriusly lukisan onichan ni makin lama makin chantek.Ada progress.Hehehe.Bagus2.Lagi satu.Onichan ni suka contiang(conteng) merata.Hurm.Buku teks,meja sekolah,even kertas soalan time SPM dulu pun jadi mangsa.Ahahahaha.Akhir kata,selamat maju jaya wahai sahabat.Semoga anda dapat mengecapi cita-cita anda.Saya sentiasa mendoakan kejayaan kamu.SmileDah berjaya tu jangan lupa awok ok.Ahahahah.Saya sentiasa bangga ngan onichan.Sekian saja catatan saya untuk kali ni.Assalamualaikum.Terima kasih sebab sudi baca.

Khamis, 5 Mei 2011

Header Baru,Semangat Baru!

Assalamualaikum.Hai semua.Anyeong!(ceh.cakap korea konon).Welcome back uolls.First of all,trimas banyak-banyak sebab sudi baca entry ni.Sebenornya takde la special sangat entry ni.Tapi kan,cuba uolls usha atas.Tengok header I tu.Ehem.Header baru tu.Ahahaha.Cantik kan?Hehehe.I tau korang mesti nak kata yang I ni secocok ngan Sunny.(Perasan ! )Hehehe.Thankzzz.Lalalala~

tempahanheader61 large

Ehem.Ok2.Kita kembali kepada tujuan asal kita.Untuk header yang comel di atas tu,saya nak ucapkan jutaan trilion terima kasih kepada sedari Cik CT Maisarah~.Semuanya hasil titik peluh dia.Hehehe.Cantik kan.Ouh ye.Terima kasih jugak sebab sanggup kerenah saya yang macam budak-budak.Demand macam-macam.Ahahaha.Korang kalau free tu jengah-jengah la blog CT ni.Comey je blog dya.Haih.Jeles awok.CT minat korea.Ha.Yang tu yang paling penting.Hehehe.

Ok my second credit goes tu Si Chubby.He helped me a lot.Hohoho.Thank you dik.Thank you so much.Tak jemu-jemu dia berkongsi ilmu dengan saya.Bagus betul budak ni.Ye la.Saya budak baru belajar kan.Banyak benda yang saya tak tau.Hurm..Thankz again dik.May Allah bless u.Korang semua singgah la blog dya.Best.Blog dya cantik.Smile

Ha last skali aku nak ucapkan jutaan trilion terima kasih kat Firah ngan Miss Shikio sebab puji header saya.Hohoho.Btw Firah kata header I comey uollss.Uwwww terharu~

lalala

tgk2.tak tipukan.Dan Ameng jeles di situ.Ahahaha

Penat sudah berceloteh kali ni.Nak mintak diri dulu.Terima kasih la sebab sudi jenguk entry yang tak seberapa ni.Papai semua.See u later.Assalamualaikum Red heart

Dia Yang Bernama Sakit Jantung~

Assalamualaikum.Hai semua.Selamat kembali uools.Ok kali ni jom bersama-sama dengan Bob.Kali ni kita akan berbicara tentang sakit jantung.Ha sapa tak tau apa itu sakit jantung.Mesti semua kenal kan dengan penyakit ni.Sakit jantung merupakan antara pembunuh utama rakyat Malaysia.Senang cerita penyakit ni bukan la penyakit asing di negara kita.Arwah tok Bob sendiri pun meninggal disebabkan sakit jantung.Al-Fatihah.Tok,Along rindu sangat kat tok.
Hurm.Ok kita kembali dengan topik asal kita.Dalam entry bahagian satu ni,Bob akan menceritakan definisi sakit jantung dan puncan-puncanya.Jom layan~

DEFINISI
Serangan sakit jantung biasanya berlaku apabila terdapat satu ketulan bekuan darah yang menghalang aliran darah di dalam arteri koronari (kapilari darah halus) yang membekalkan darah ke suatu bahagian tertentu pada otot jantung. Aliran darah ke jantung yang tersekat boleh merosakkan atau memusnahkan sebahagian daripada otot jantung anda.
Serangan sakit jantung yang juga digelar sebagai infark miokard, biasnya adalah memudaratkan dan boleh mengaut nyawa mangsa.
Mujurlah dengan adanya kesedaran yang lebih baik, lebih ramai pesakit boleh mengesan serangan sakit jantung pada peringkat awal daripada tanda-tanda atau gejala sakit jantung dan mendapatkan rawatan sewajarnya.
Cara hidup anda secara keseluruhannya, iaitu apa yang anda makan, kekerapan anda bersenam dan tahap tekanan emosi anda memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pemulihan daripada serangan sakit jantung.
Gaya hidup yang sihat boleh membantu anda mencegah serangan sakit jantung dengan mengawal faktor-faktor risiko yang menyumbang terhadap penyempitan kapilari darah koroner yang membekalkan darah ke jantung anda

PUNCA
Serangan sakit jantung terjadi apabila satu atau lebih daripada arteri koronari yang membekalka darah yang kaya oksigen kepada jantung anda tersumbat. Melalui satu tempoh masa tertentu, arteri koronari boleh menjadi semakin sempit ekoran daripada pengumpulan kolesterol. Pembentukan kolesterol ini yang dikenali sebagai plak dalam arteri di seluruh tubuh disebut aterosklerosis.
Serangan sakit jantung berlaku apabila salah satu plak pecah dan satu ketul plak akan dilepaskan ke dalam aliran darah. Jika plak tersebut cukup besar, ia boleh menyekat aliran darah melalui arteri.
Apabila arteri koronari anda telah menjadi semakin sempit ekoran daripada aterosklerosis, keadaan ini dikenali sebagai penyakit arteri koronari. Penyakit arteri koronari adalah punca utama serangan sakit jantung.
Terdapat satu punca serangan sakit jantung yang jarang berlaku adalah kekejangan arteri koronari yang menutup aliran darah ke sebahagian daripada otot jantung. Dadah perangsang seperti kokain boleh menyebabkan kekejangan arteri yang mengancam nyawa.
Serangan sakit jantung adalah satu proses yang biasanya terbentuk dalam masa beberapa jam. Dengan setiap minit yang berlalu, rangkaian jantung menjadi semakin kekurangan darah dan terencat atau mati. Jadi, jika aliran darah dapat dipulihkan dalam tempoh yang cukup, kerosakan atau kematian jantung dapat dielakkan.Berikut adalah antara punca-punca sakit jantung:

  • Kekurangan Senaman
  • Pemakanan yang tidak sihat.
  • Tabiat Rokok
  • Obesiti / Gemuk
  • Kencing Manis / Diabetes
  • Tekanan Darah Tinggi
  • Tekanan Jiwa atau emosi
p/s jagalah jantung anda.makanlah quacker oat Smile

Honey itu Madu dan Madu itu Manis

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua.Semoga kamu semua sihat walafiat.Hehehe.Kali ni kita akan merungkai keistimewaan yang Allah kurniakan dalam badan lebah iaitu,MADU.Hurm.Pernah makan madu tak?Madu tu manis kan.Orang kedah kata madu tu manih.Sedap sangat madu tu.Ok untuk bahagian pertama,kita akan melihat madu dari perspektif Islam.Jom kita terjah.


Menurut Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Sabda Baginda :
Maksudnya : "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua"
( Hadis riwayat Abu Daud)
Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga dengan madu lebah kerana dalam al-Quran sendiri telah menggariskan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada pelbagai penyakit, maupun kesihatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah dengan teratur.
Firman Allah dalam surah an-Nahl:

image
(Surah An-NAhl: 69).
Tafsirnya: "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur'an, Baginda bersabda:

image
Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur'an."
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Daripada hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.
Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.
Di samping itu madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak yang meningkatkan selera, sepertimana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengamalkannya. Diperkuatkan dengan hadis baginda yang berbunyi:

image
Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."
Di samping itu dengan memakan madu juga boleh menyembuhkan batuk-batuk yang menganggu dan boleh mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki. Dalam perubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika diusapkan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar. Di samping itu banyak lagi penyakit yang boleh sembuh misalnya hidung tersumbat, anak yang kencing malam dan sesuai untuk kanak-kanak damit yang baru lahir.
Dalam al-Qur'an, hadis-hadis yang disebutkan dan amalan perubatan tradisional, madu mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Adalah menjadi suatu amalan yang baik menjadikan madu sebagai ubat dan penjagaan kesihatan.
Berikut tip bagaimana hendak menentukannya.
1. Permukaan madu mempunyai buih-buih halus.
2. Madu dalam botol yang terbalik akan turun dengan cepat kerana ringan dan madu akan turun tanpa putus kerana kelikatannya.
3. Rendamkan kayu mancis atau surat khabar dalam madu tersebut dan nyalakan api. Jika terbakar, ia madu asli.
4. Madu tidak beku jika disimpan di dalam peti ais.
5. Jika dititiskan di atas tapak tangan, madu akan membulat (tidak meleper) walaupun sedikit.
6. Madu asli tidak dikerumuni/dihurung semut, tetapi madu tiruan yang bercampur gula akan dikerumuni/dihurung semut.
7. Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan menyebabkan isi telur masak, tetapi tidak bagi madu tiruan.

Rabu, 4 Mei 2011

Wali Solat Di Atas Air

Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang temasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.

Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah S.W.T. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terumbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air.
Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"

Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?"
Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah."
Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?"
Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat."
Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."

Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah."
Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan menghampiri wali Allah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.
Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.

Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?"
Wali Allah itu berkata, "Saya ialah Awais Al-Qarni."
Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir."
WaliAllah berkata, "Sekiranya Allah kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?"
Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."

Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah S.W>T agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya.
Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang.
Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagi-bahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal. Wallahu a'alam.

Selasa, 3 Mei 2011

Pembuka Agung Kota Konstantinople


Assalamualaikum w.b.t. diucapkan kepada semua pembaca.
Bila ditanya anak muda zaman sekarang,milik siapakah foto itu.Pasti mereka akan tertanya-tanya.Pasti ada yang akan jawab tidak tahu.

Tapi bila ditanya siapakah si pemilik foto ini pasti ramai yang boleh menjawabnya.Siap boleh dok nyanyi lagi lagu-lagu dia ni.Hurm.Tu la anak muda zaman sekarang.Makin hanyut di arus hiburan.


Ok kita back tu bisnes.3 MEI 1481,kita sebagai umat Islam,kehilangan seorang yang sangat berharga.Kita telah kehilangan SULTAN MUHAMMED AL FATEH,pemilik foto di atas.Jika anda masih tertanya-tanya siapakah Sultan Muhammed Al Fateh,jom kita rungkaikan persoalan korang Smile


HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE


Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)


Hadis di atas disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW ketika baginda sedang menggali parit ketika Perang Khandak.Hadis di atas memainkan peranan yang sangat penting dalam misi pembebasan kota Konstantinople atau kini dikenali sebagai Istanbul.Kota Konstantinople ini adalah sangat penting.Justeru itu,umat Islam ketika itu berlumba-lumba untuk membebaskan Kota Konstantinole demi mendapat  penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Walaubagaimanapun,semua kempen yang dijalankan menemui jalan gagal.Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman  Kerajaan Usmaniyah.Sayang seribu kali sayang.Semuanya gagal.


Pernah di dalam sebuah kempen semasa zaman pemerintahan Kerajaan Umayyah,seorang sahabat Rasulullah SAW iaitu Abu Ayyub Al Ansary telah syahid.Dia sudah terlalu tua untuk pergi berperang.Namun kerana kasihnya kepada Allah dan Rasulnya,beliau tetap berjuang.Beliau dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Konstantinople.Beliau pernah ditanya mengapa beliau ingin dimakamkan di situ maka dengan tenangnya beliau menjawab “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinople.”Begitulah teguhnya iman seorang sahabat Nabi SAW.


Sesungguhnya hadis Nabi SAW ini direalisasikan 800 tahun kemudiaanya oleh seorang insan yang istimewa yang bernama SULTAN MUHAMMED AL FATEH,khalifah ketujuh Kerajaan Uthmaniah beserta 150000 bala tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammed Al Fateh dan tenteranya.Apakah kehebatan baginda sehingga digelarkan “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis ini?


PENGENALAN


Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia   19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang   negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun. 


PENDIDIKAN


Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan,   memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.


KEPERIBADIAN


Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.


PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE


Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.


Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.


Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
Kedudukan Konstantinople
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE


Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.


Menara Bergerak


Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
rantai merentang teluk horn
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

rantai yang digunakan rantai merentangi teluk horn
Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung


Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
kapal merentasi gunung-laluan coklat di blakang kanan
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin   menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.


Karisma Seorang Pemimpin





Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.


Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.


Penawanan Constantinople


Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA


Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.


Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.


PERANAN GURU DALAM KEJAYAAN BAGINDA


Pertama, Ahmad 'ibn Ismail Al-Kori:



Guru istimewa ini menunjukkan role model kepada Sultan Muhammad. Seorang yang wara', tidak menyembah Sultan sama seperti orang lain memberikan tunduk hormat, memanggil nama Sultan dan kerabat mereka dengan nama mereka masing-masing tanpa sebarang panggilan gelaran, Bersalaman dengan mereka tanpa mencium tangan mereka. Sepanjang Ramadhan, Sultan Muhammad menghadhiri kelas mentafsir ayat-ayat Al Qur'an yang diadakan di istana baginda selepas solat zuhur, dengan guru-guru yang bersilih ganti.


Ahmad ibn Ismail lah yang mengajarkan Al Qur'an, hukum-hukum agama dan kepatuhan padanya. Ia juga membentuk rasa takwa dalam jiwa Sultan Muhammad dengan berbagai cara, termasuk nasihat-nasihat yang berkaitan dengan tugas pemerintah.


Kedua ialah Sheikh Muhammad bin Hamzah al-Rrouhy, lebih dikenali sebagai Ba'q Shamsuddin.

Beliau meninggalkan kesan yang sangat mendalam terhadap keperibadian Sultan Muhammad.
Beliau telah menginspirasikan Sultan MUhammad meningkatn aktiviti dakwah dan keislaman di bawah Empayar Othmaniah sebagai satu cara memperkuatkan empayar tersebut.

Beliaulah yang paling giat meyakinkan Sultan Muhammad bahawa beliau adalah raja terpilih seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya itu.

Selain mengajarkan teras-teras ilmu Islam, Shamsuddin juga bertanggungjawab mengajar sains, matematik, sejarah, strategi perang, astronomi dan lain-lain.

Beliaulah yang telah merotan Muhammad di masa kecil tanpa sebab. Beliaulah yang mententeramkan Sultan Muhammad yang menangis kerana enggan menjadi raja. Beliaulah yang telah ditanya oleh Sultan Muhammad samada beliau boleh bersara selepas lama memerintah kerana ingin menumpukan kepada ibadah tetapi dijawab, ibadah sebagai Sultan yang adil adalah lebih berharga lagi.

Shamsuddin meletakkan insipirasi dalam dada Sultan, memberikan baginda tujuan dan misi pemerentahan yang jelas dan bersama baginda sehingga cita-cita itu tercapai.
Kerana itu lah, beliau dikenali sebagai Penakluk Ruhani Konstantinapole. Guru yang merancang lahirnya seorang pemimpin dan terukirnya sebuah sejarah. Insan pada sisi lain Sultan Muhammad al-Fatih.

Akhirnya baginda wafat pada 3 Mei 1481.Perginya baginda mengadap Ilahi merupakan satu kehilangan yang besar buat umat Islam.Semoga baginda dan seluruh tenteranya diletakkan dalam kalangan kekasihNYA.Ya Allah Ya Tuhan kami.Kau kuatkanlah kami supaya menjadi seperti Sultan Muhammed Al Fateh.Aminn..Hari ini merupakan hari wafatnya seorang raja yang agung.Semoga Allah merahmati mereka yang bertungkus lumus membebaskan Konstantinople.Aminn.AL FATIHAH.
Makam Sultan Muhammed Al Fateh

“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine

Ahad, 1 Mei 2011

Cinta? Apa Kata Guru Anda?

Guru anda juga mempunyai cara mereka sendiri dalam mentafsirkan makna cinta <3


Bila Guru Mentafsir Cinta

GURU FIZIK
Cinta adalah merupakan daya tarik – menarik antara kutub positif (lelaki) ke kutub yang tak sejenisnya (tentulah sidia)

GURU BIOLOGI
Cinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan lingkungannya

GURU KIMIA
Cinta merupakan tindakbalas kimia yang tidak diketahui unsurnya

GURU MATEMATIK
Cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar

GURU PENDIDIKAN ISLAM
Jangan sekali-kali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat padanya kerana hidup ini penuh dengan iblis dan syaitan yang sanggup menggoda manusia untuk membuat dosa dan cinta adalah sasaran dosa

GURU PENDIDIKAN MUZIK
Cinta adalah ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan




GURU EKONOMI
Cinta merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi sama ada secara langsung atau tidak langsung

GURU SEJARAH
Cinta akan hanya akan menjadi cinta sekiranya ianya tepat dan benar. Tapi jangan lupa jika ada sebab, pasti ada akibatnya.

GURU GEOGRAFI
Cinta adalah seperti 4 musim yang melanda kebanyakan Negara Eropah….kadangkala berbunga, kadangkala panas, kadangkala dingin dan kadangkalanya luruh

GURU BAHASA
Cinta dianggap indah kerana di dalamnya ada satu kesatuan yang harmonis antara bentuk bahasa dan isinya

Yg pasti tafsir la cinta mengikut kehendak Allah yg satu…bertemu berpisah semua kerna Allah…..
Indah ya cinta kalau agama d serta bersama…cinta ALLAH DAN RASUL ADLH YG UTAMA DAN D UTAMA
JGN TERPEDAYA KERNA CINTA DUNIA YG SEMENTARA…..salam terbaik ummat














LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...