Khamis, 8 November 2012

Jackal is Coming

Assalamualaikum semua. Okay. Hari ni tak banyak aktiviti yang dijalankan. Kelas pun cuma ada satu kelas je hari ni iaitu kelas Graphi Design. So far kelas ni okay la. Tak sanggup nak ponteng kelas ni. Bukan apa. Aku ni lembab sikit bab bab mengedit gambar ni. Kang kalau ponteng memang kojol la jawabnya. Hahaha.

Okay. Sebenarnya hari ni Bob ingat nak mempromosikan satu filem Korea yang bakal ditayangkan tak lama lagi. Filem ini bakal dilakonkan oleh Song Jihyo yang memegang watak sebagai Bong Min Jung telah menerima tugas untuk membunuh seorang selebriti ternama iaitu Choi Hyun yang dilakonkan oleh Jae Jung.

Pada 8 November, Lotte Entertainment melaporkan bahawa filem Jackal is coming telah pun dijual di Jepun, Thailand,Singapore, Indonesia, Brunei dan juga Malaysia sebelum ia ditayangkan di Korea.

Sebuah syarikat pengedaran di Jepun berkata, “ Jae Joong merupakan salah seorang daripada penyanyi Korea yang popular di Jepun. Dan kami berharap filem ini akan menjadi box ofice kerana dia merupakan seorang pelakon yang baik dan di muncul sebagai selebriti utama di dalam filem ini.”

Jom kita serang ke pawagam yang berdekatan untuk menonton filem ini. Semoga filem ini berjaya untuk mencapai box office.

Antara adegan dalam Jackal is Coming

10 Tips untuk Berjaya

Kejayaan merupakan sesuatu yang sentiasa diidamkan oleh setiap manusia. Tidak normal seseorang manusia itu jika tiada perasaan ingin berjaya. Namun nak mengecapi kejayaan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Bukan juga perkara yang mustahil. Jika kena caranya, maka kejayaan itu bakal menjadi milik anda.

1. Tetapkan arah tuju

Adalah perkara yang penting untuk anda tetapkan arah tuju anda. Ini bakal memudahkan anda dalam menuju destinasi yang anda ingin tuju. Anda mahu berjaya. Namun tiada arah tuju yang tetap. Bagaimana anda mahu memacu kejayaan yang anda idam idamkan? Tidak hairanlah jika anda tersesat semasa menuju destinasi anda. Ini kerana anda tidak ada arah tuju yang tetap.

2. Fokus kepada arah tuju

Setelah mempunyai arah tuju, anda haruslah fokus untuk sampai ke arah tuju anda itu. Jangan biarkan halangan halangan di sepanjang perjalanan anda itu melemahkan anda. Fokus di sini beerti anda tetap dengan pendirian anda untuk berjaya. Teruskan menuju kejayaan. Anda mampu mengubahnya.

3. Jangan pernah putus asa

Harus diingatkan bahawa perjalanan menuju kejayaan bukanlah satu perjalanan yang lancar. Akan ada dugaan dan juga cabaran yang bakal menjengah anda di sepanjang perjalanan itu. Namun, hati dan juga diri anda haruslah kuat untuk menangkis segala dugaan yang datang. Jika ditakdirkan anda gagal dalam perjalanan itu, maka janganlah bersedih atau patah semangat. Bina semula dari bawah. Jangan sesekali tunduk dengan kegagalan. Kerana harus diingat bahawa kegagalan itu adalah kejayaan yang tertunda. Jangan jadi orang yang mudah mengalah kerana orang yang mudah mengalah tidak akan pernah berjaya. Mereka tidak percaya dengan kelebihan diri masing masing.

4. Belajar dari kesilapan

Setiap kesilapan yang berlaku tidak seharusnya dibiar begitu sahaja. Kerana di dalam kesilapan itu ada pengajarannya. Tidak semua yang mampu belajar dari kesilapan yang telah dilakukan. Mereka terus menyalahkan diri sendiri tak kurang juga yang menuding jari ke arah orang lain tanpa memperoleh apa apa. Betapa ruginya mereka ini.

5. Merancang kejayaan demi masa depan anda

Sering kali kita dengar bahawa mereka yang gagal merancang merupakan merancang untuk gagal. Jadi di sini kita dapat lihat betapa pentingnya perancangan dalam sesuatu situasi. Dengan perancangan yang mantap, Insyaallah perjalanan menuju kejayaan yang diidamkan akan lebih lancar.

6. Sayangilah diri sendiri

Sayangilah diri sendiri. Jangan menzalimi diri sendiri. Jangan menjebakkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat kerana ini akan membantutkan proses kejayaan anda.

7. Neutralkan tabiat buruk

Agak mustahil untuk kita membuang tabiat buruk yang melekat dengan diri kita ni. Setiap manusia pasti akan ada tabiat buruk yang dah sebati dengan diri sendiri. Untuk berjaya, tabiat tabiat ini haruslah dineutralkan kerana bimbang suatu hari nanti, tabiat tabiat ini akan bertukar menjadi virus yang berbahaya.

8. Letakkan diri anda dalam keadaan yang bermotivasi

Sentiasa memotivasikan diri anda untuk menjadi orang yang berjaya. Sentiasalah berada dalam kalangan orang orang yang berjaya kerana ini akan memberi semangat untuk anda berjaya seperti mereka. Motivasi boleh diumpamakan dengan mandi. Kita perlu mandi tiap tiap hari. Barulah segar dan wangi. Begitu juga dengan diri kita. Kena sentiasa memotivasikan diri kita. Barulah semangat ingin berjaya itu akan muncul.

9. Bertindak untuk berjaya

Semangat sahaja tidak mencukupi. Haruslah ada tindakan untuk berjaya. Tindakan pula bukan sebarang tindakan. Kita bertindak untuk berjaya. Jadi tindakan yang dilakukan tidak akan sama dengan tindakan yang biasa. Harus ada luarbiasa dalam melaksanakan tindakan ini. Nak berjaya? Semua orang nak berjaya. Bertindak? Semua orang bertindak untuk berjaya. Tapi tindakannya biasa biasa sahaja. Kejayaannya kurang memberangsangkan.

10. Doa, usaha dan tawakal

Berdoalah. Pohonlah kejayaan dan bantuan dari Ilahi. Berdoalah supaya dipermudahkan segala urusan. Berusahalah untuk berjaya. Berusahalah untuk mejadi orang yang berjaya. Doa tanpa usaha adalah sia sia. Apabila sudah berdoa, maka berusahalah ke arah doa yang dipohon. Berusahalah untuk berjaya. Berdoa sudah. Berusaha sudah. Akhir sekali, serahkan semuanya kepada Allah kerana DIA lebih mengetahui apa yang kita tidak tahu

Rabu, 7 November 2012

Kelebihan Yang Dipinjam

Setiap manusia mesti ada kelebihan masing masing. Namun bagi aku, benda itu masih lagi menjari tanda tanya kerana aku masih belum menemui apa apa kelebihan yang ada pada aku. Aku jadi kurang pasti. Adakah aku masih belum menemuinya atau aku kurang peka dengan kelebihan yang ada pada aku ni.

Kadang kala, bila aku bersendirian tu mesti aku akan tanya pada diri aku ni.

“ Apa kelebihan yang aku ada ek?”

Pertanyaan demi pertanyaan diajukan kepada diri sendiri. Namun sampai sekarang masih belum terjawab.

Melukis tak pandai. Memasak pun tak reti. Makan reti la. Menyanyi pun tak sedap. *mencari dan terus mencari*

Orang kata kalau kita tak tahu kelebihan kita, beerti kita tak kenal diri kita yang sebenarnya. Betulkah? Hurm.. Entah lah. Satu lagi soalan yang akan tersimpan tanpa jawapan. Orait!

Jadi korang mesti ada kelebihan masing masing kan. So, hargailah kelebihan yang korang ada tu. Tak semua special macam korang. Setiap kelebihan yang korang ada tu gunakanlah ke arah kebaikan. Tak susah kan. Orang yang berbuat kebaikan akan sentiasa diingati orang.

Satu benda lagi nak dikongsi. Kalau kita buat baik kat orang, kita tak bolehlah harap orang yang sama untuk membalas kebaikan yang telah kita semaikan. Mana tau kot kot orang lain akan tolong kita kan. Kalau kita mudahkan urusan orang lain, Insyaallah suatu hari nanti urusan kita pun akan dipermudahkan. Senang kan peraturan dia. Tak susah pun. Kadang kala, kita yang merumitkan benda. Benda simple. Saja nak besar besarkan.

Hargailah kelebihan yang korang ada. Ingat bahawa semua ini hanyalah pinjaman. Usahlah riak dengan kelebihan yang dikurniakan kepada kita. Jika diguna ke arah kebaikan, maka baiklah jadinya. Jika dipandunya kelebihan itu ke arah yang jahat, maka jahatlah jadinya. Buatlah pilihan dengan bijak. Akal yang dikurniakan haruslah digunakan. Bukan disimpan atau dibuat pekasam.

Selasa, 6 November 2012

Comeback!

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan peluang untuk melakukan comeback setelah lebih kurang 6 bulan menjauhkan diri dari blog ni. 6 bulan bukan tempoh yang singkat okay. Setengah tahun menyepi tanpa sebarang berita. Usah risau! Usah gentar. Kini saya kembali dengan pelbagai cerita untuk dikongsi bersama anda semua. Last update bertarikh 13 May 2012. Sehari selepas tarikh keramat. Tarikh keramat apa ek? Cuba teka. Stop it! Tak payah la teka. Tak penting pun.

Sekarang ini kami yakni pelajar Komunikasi dan Pengajian Media dan juga pelajar pelajar lain ( dirujuk sebagai pelajar degree) sudah pun berjuang separuh jalan untuk semester ini. Baki perjuangan yang masih ada akan diteruskan dengan hati terbuka. Rela atau pun tidak bukanlah menjadi persoalan. Ini lebih dikatakan sebagai tanggungjawab dan juga amanah. Bukankah amanah itu perkara yang paling berat?

Waktu kemuncak assignments baru sahaja bermula. Satu demi satu dateline untuk assignments muncul secara tiba-tiba. Tiba tiba la sangat kan. Dasar pemalas macam aku memang macam ni. Sampai sekarang masih belum berubah. Pemalas bukanlah penyakit yang diwarisi kerana bapa yang pemalas tidak tak semestinya anak dia pun pemalas. Begitu juga dengan anak yang rajin. Adakah bapa dia pun rajin? Ini yang menjadi persoalannya. MALAS sering kali menjadi musuh utama buat insan-insan yang lemah seperti kita ni. Malas ni takkan pergi selagi kita tak halau dia pergi. Dan nak halau MALAS tu pergi bukanlah perkara yang mudah. Ini fakta. Jangan cuba nak nafikannya. Hahaha.

Inilah kehidupan. Janganlah kita harap kehidupan ni manis je sepanjang masa.Akan ada ranjau yang bakal menziarahi kita. JAdi, kita kenalah menyiapkan diri untuk menghadapinya.

Sekian sahaja dahulu untuk kali ni. Dah merepek ya amat ni. Semoga diberi peluang lagi untuk kita ke temu lagi. Selamat selamat selamat semuanya. Mohon sentiasa selamat. Kuatkan semangat! JAdilah manusia yang terhebat. Hebat bukan kerana anda kuat. Tapi hebat kerana anda dahsyat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...