Selasa, 1 Disember 2009

LUKISAN HIDUPKU


Peperangan ini bakal berakhir,
Akhirnya senyuman bakal terukir,
membawa seribu satu memori,
yang bakal melakar sejarah diri.

Akhirnya,
Aku kini bebas bernafas,
Tiada lagi beban yang harus ku galas,
untuk menentukan arah tujuku,
yang masih belum menentu.

Akhirnya,
Satu penantian yang lama telah tiba,
tiba dengan tangisan dan hiba,
gundah gulana akhirnya bertukar ceria,
Tatkala keputusan cemerlang dengan jayanya.

Akhirnya,
Arah tujuku mula ku lakar,
bersulamkan cita yang sentiasa mekar,
Akan ku bela nasib bangsa,
Itulah janjiku pada Yang Esa.

Akhirnya,
Segala citaku berbuah menjadi realiti,
Pesan dan nasihat guruku masih dituruti,
Segala jasamu guru subur di hati,
AYUH!Teruskanlah perjuanganmu menabur bakti.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...