Jumaat, 22 April 2011

Adakah Ini Mencerminkan Kita?

Kisah pembuangan bayi bukanlah perkara asing di bumi Malaysia ini.Pembuangan bayi adalah perkara biasa.Di zaman teknologi ini,manusia sudah berperangai bagaikan haiwan.Bukan seperti haiwan.Malah lebih teruk dari haiwan.Di manakah kasih sayang yg Allah kurniakan pada kita?DI MANA!

Time sedap,korang sedap bersama.Tapi dh jadi mcm ni,si anak yg tidak berdosa menjadi mangsa.Kasihan anak2 kecil ini.Mereka belum sempat merasai nikmat dunia.Dek kerana hawa nafsu si ‘ibu’ dan si ‘ayah’,si kecil yg menanggung segalanya.Adoi.Geram betul aku.Macam nak bako je.Hurm..

sumber drp Berita Harian Online.

mengapa si kecil ini menjadi mangsa?

mengapa anak secomel ini yg terpaksa menanggungnya?

sepatutnya,ini yg kita mahukan.senyuman yg comel~

Fakta tentang pembuangan bayi:

Pembuangan bayi adalah satu jenayah. Ia terjadi akibat kehamilan tidak diingini. Ramai remaja yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka terdesak, akibat malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung.

Punca :

  • Kehamilan tidak diingini
  • Perhubungan seks rambang dan luar nikah (pandai buat xreti tanggung)

Kesan :

  • 1)Sudut Perubatan
    • Kadar kematian bayi lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna
    • Kesihatan ibu yang terjejas akibat kehilangan darah; jangkitan kuman; kecederaan sewaktu bersalin; psikologi dan sosial.
  • 2)Sudut psikologi dan sosial
    • Murung
    • Hilang keyakinan diri
    • Rasa bersalah
    • Resah atau gelisah
    • Masalah emosi dan hubungan interpersonal
  • Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi.
  • Putus hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan.

Bagaimana mengelakkan pembuangan bayi?
Elakkan kehamilan jika anda belum:
  • Berkahwin
  • Bersedia membesarkan anak
  • Bersedia membina keluarga.

Semua agama utama di Malaysia:
  • Melarang seks sebelum kahwin
  • Taat kepada ajaran agama

Elakkan seks sebelum kahwin:
  • Anda bertanggungjawab ke atas hidup anda sendiri.
  • Lindungi kesihatan dan emosi anda tanpa seks sebelum kahwin.
  • Jika pasangan yang benar-benar menyayangi dan menghormati anda, dia tidak akan meminta seks sebelum kahwin.
  • Selalu tanam dalam fikiran, badan anda adalah tanggungjawab anda, justeru jagalah badan anda dengan baik.
  • Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah.
  • Babitkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti sukan, bersenam, aktiviti kebudayaan dan kerja-kerja sukarela.

Sekiranya anda sudah melakukan hubungan seks sebelum kahwin:
  • Fikirkanlah kesan dan akibatnya dengan teliti dan mendalam.
  • Dapatkan bantuan jika anda hamil.
  • Anda boleh mengatur supaya bayi anda dijadikan anak angkat.

Ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan:
  • Terdapat pelbagai agensi yang boleh membantu anda.
  • Pastikan anda tahu mengenai implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi.

Di mana anda boleh mendapatkan bantuan jika anda hamil? Dapatkan bantuan dari:
  • Ibu bapa sekiranya anda boleh berbincang dengan mereka.
  • Kaunselor sekolah.
  • Guru sekolah.
  • Doktor dan anggota kesihatan di klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan.
  • Pegawai kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan.

Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi: Di bawah Akta Kanak-kanak 2001 (Child Act) - Akta 611:
  • Seksyen 17 - Anak yang dibuang akan dilindungi dan dijaga.
  • Seksyen 46 - Ibu bapa boleh mendapatkan bantuan atau nasihat mengenai anak mereka yang tidak dapat dikawal dengan baik. Anak ini akan ditahan di tempat yang dibenarkan di bawah kuasa mahkamah.

Di dalam rang Undang-undang Jenayah Malaysia penal code:
  • Sesiapa yang membuang bayi akan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun

 

“PILIHAN DI TANGAN ANDA.ANDA YANG MENENTUKAN SEGALANYA”

PANDAI BUAT PANDAI TANGGUNG”

“DEMI MASA DEPAN YANG LEBIH GEMILANG”

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...