Ok.Assalamualaikum wbt.Selamat pagi semua.terima kasih la ye sebab sudi menjengah ke sini pagi-pagi buta ni.Ok.Tak nak berleter panjang.Ce usya tajuk kat atas.ADAB BERJIRAN kan.hurm.Adab berjiran ni sgt penting.Tak kira la di mana pun kita berada.Hormatilah jiran-jiran anda.Jiran bukan bermakna jiran kat rumah je.Jiran kat kolej pon kira jiran jugak.Dekat kolej ni kita kena la bina hubungan yang baik ngan jiran-jiran ni.Benda ni penting.Jangan harap la kalau korang nak orang korang.sedangkan korang pon perangai macam hantu.haish.
Hangin satu badan aku.mana tak hanginnya.pukul 1 pagi dok bukak muzik kuat-kuat.adoi.memang tak reti hidup berjiran ke apa ni.hormat la jiran di sebelah tu wahai adik ku sayang.tak susahkan.hidup bermasyarakat ni kena saling hormat menghormati.kalau tak nak tu boleh la pindah ke hutan.senang sikit.kau bukak la lagu kuat-kuat pon.pasti tak de orang kacau.haish.
Meh sini saya kongsikan dengan pembaca-pembaca sekalian.apa itu jiran dan adab-adab berjiran.jom kita baca:
Takrif jiran membawa maksud orang yang tinggal berdekatan dengan kita sama ada di sebelah, depan,mahupun di belakang rumah kita. Apabila kita tinggal berjiran dengan orang lain, kita seharusnya menanamkan semangat berjiran itu bukanlah sebaliknya. Antara adab-adab berjiran adalah:-
1) Menghormati jiran dan berbuat baik kepada mereka. Biarpun jiran kita itu adalah bukan Islam, kita masih dituntut supaya menjaga perhubungan kita dengan mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. “Barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari akhirat, maka hendaklah ia menghormati tetangganya.” Dan di dalam riwayat lain disebutkan, “Hendaklah ia berbuat baik terhadap tetangganya.” (متفق علية )
2) Sekiranya mereka pergi atau meninggalkan rumah mereka, peliharalah harta mereka daripada orang-orang yang berbuat jahat contohnya orang yang nak mencuri, simbah minyak ke atau merompak. Sebab, sekiranya kita tak nak bantu mereka dan berlaku sesuatu kepada rumah mereka, tak kan la kita tak kasihankan mereka. Cuba kita fikir, perjalanan hidup kita ini segalanya di atur oleh Yang Maha Kuasa. Kalau suatu hari nanti kita akan lalui perkara yang sama, tak mustahil mereka pun akan balas apa yang kita dah kita lakukan.
3) Hidup berjiran mestilah berbaik-baik. Janganlah menimbulkan masalah yang boleh mengganggu jiran contohnya buat bising tengah malam ke, membuang sisa makanan ke rumah mereka atau mengambil tanaman mereka tanpa izin. Islam tidak menggalakkan umatnya berbalah malah menuntut supaya kita bermualah dengan baik. Rasulullah bersabda: “Demi Allah, tidak beriman; demi Allah, tidak beriman; demi Allah, tidak beriman! Nabi ditanya, “Siapa wahai Rasulullah? Nabi menjawab: “Iaitu orang yang tetangganya tidak merasa aman kerana perbuatannya.” ( متفق عليه )
4) Bersedekah lah sesama kamu. Misalnya, di bulan Ramadhan. Kita sesama jiran bertukar2 makanan. Sama-sama mendapat pahala dari Allah s.w.t. Rasulullha s.a.w. bersabda: “Wahai Abu Dzarr, apabila kamu memasak sayur (daging kuah), maka perbanyaklah airnya dan berilah tetanggamu.” (Hadis Riwayat Muslim)
5) Apabila kita hidup berjiran, kita bersukacita dengan kebahagiaan mereka, dan apabila mereka dalam kesusahan, kita juga berdukacita aknnya. Lawat dan jenguklah mereka jika mereka sakit.
6) Ikhlas dalam diri sangat penting. Begitu juga apabila dalam melakukan perhubungan sesama manusia. Ikhlaslah dalam segala apa yang kita lakukan. Misalnya, tolong-menolong antara kamu dengan ikhlas tanpa meminta balasan. Sebagaimana Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan taqwa.”(Al-Maidah:2)
7) Sekiranya kita tidak senang dengan tingkah laku jiran kita, maka bersabarlah. Sesungguhnya Allah amat sukakan orang yang bersabar. Rasulullah pernah bersabda: “Ada tiga kelompok manusia yang dicintai Allah..disebutkan di antaranya ialah seseorang yang mempunyai tetangga, ia selalu disakiti (diganggu) oleh tetangganya, namun ia sabar atas gangguannya itu hungga keduanya dipisah oleh kematian atau keberangkatannya.”(Hadis Riwayat Ahmad dan disahihkan oleh Al-Albani)
manisnya hidup berjiran macam ni kan.tapi tak perlu nak masak-masak macam ni kat malinja.ahahahaha.
usahalah.sesungguhnya hidup berjiran ini sangat indah.hormatilah jiran anda.sayangilah jiran anda.terima kasih kerana sudi bersama saya dalam rancangan MANISNYA GULA INI.Sekian.Assalamualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan