Assalamualaikum semua.Apa khabar.Harap sihat sihat selalu la ye.Lama betol Bob tak menulis benda yang berjenis.Selalu tulih benda yang tak berjenih ja.Ahahaha.Malaysia sebuah negara yang aman dan harmoni.Namun ada je anasir yang cuba menggugat kesejahteraan Malaysia ni.Tak senang duduk gamaknya.Haish.Orang macam ni memang sah la busuk hati lagi kuat dengki.
“SEKSUALITI MERDEKA”
Baca je yang atas tu mesti korang dah terbayang.Errr..Saya tak sokong Seksualiti Merdeka ni.Saya sokong benda lain.Hehehe.Menatang apa yang dikatakan Seksualiti Merdeka ni.Apa Seksualiti Merdeka ni?Apa kejadahnya menatang ni?Seksualiti Merdeka adalah suatu acara tahunan mengenai hak seksualiti yang diadakan di Kuala Lumpur, dengan kerjasama segabungan NGO Malaysia (di antaranya Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations, Amnesty International) dan individu-individu.Sapa ketua dia?
Ni la manusia yang bertanggungjawab ke atas SM ni.Tak lain tak bukan.Dia lah Dato Ambiga.
Ni bukan apa.Semua ni cuma nak buat onak dalam negara ni.Sudah sudah la tu Ambiga.Hentikan la SM ni.Takdak faedahnya semua ini.Kalau nak tolong orang tu,banyak lagi kot orang yang boleh ditolong.Pening kepala.Kononnya nak protect golonguan golongan gay,lesbian transgender and watsoever la kan.Nak buka balik kes Ashraf la.Cukup cukup la tu wahai Ambiga.Tu la.Dok terikut sangat dengan perangai Barat yang berkarat tu.
Walaupun Perlembagaan dalam perkara 3 (1) memperuntukkan bahawa Islam merupakan agama Persekutuan dan menjadi tonggak kepada tertubuhnya Malaysia, ia tidak menjadi penghalang kepada kesemua NGO terbabit menunjukkan ‘belang’ mereka menganjurkan program yang menjijikkan itu.
Bagaimanapun program yang bertujuan memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mendapat bantahan keras daripada pelbagai pihak bukan sahaja di kalangan masyarakat Islam malah komuniti bukan Islam
Harus diingat perbuatan memperjuangkan LGBT atau apa-apa perjuangan yang berlawanan dengan ketetapan hukum Allah SWT sebenarnya hanya akan mengundang kemurkaanNya.
Berdasarkan sejarah umat terdahulu, Allah pernah menurunkan mala petaka ke atas mereka sehingga kaum-kaum tersebut dilenyapkan daripada muka bumi ini.
Puncanya kaum-kaum itu ingkar kepada perintah Allah termasuk golongan yang mengamalkan seks bebas dan seks sejenis. Pada masa itu tiada siapa yang boleh menghalangNya kerana sesungguhnya Allah Maha Berkuasa daripada segala-galanya dan kehebatan kekuasaan Allah terlalu banyak disebutkan di dalam al-Quran.
Ambiga siap warning TV3 lagi kot.Memang kelas habis la.Ahahaha.Caya la Ambiga Ambiga.Selagi aku hidup aku akan tentang Seksualiti Merdeka dan semua program yang cuba mengancam kesucian Islam.
Akhir kata, SAYA SOKONG YANG SEKSUALITI MERDEKA NI HARUS DITENTANG HABIS-HABISAN!!!!
“Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan seksaan itu tiadalah jauh dari orang- orang yang lalim. ” (QS. Hud: 82-83)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan