Selasa, 27 Disember 2011

Happy Birthday Onichan!!

Happy Birthdayyyyyyy Onichannnn!!!!

long time ago

ni gambar lama.agak agak kena sembelih dak sebab upload gamba ni.Muahaahahahaa..

cweet memory

Okay selamat menyambut hari jadi yang ke 19 okayyyyy.Haish..Orang dah nak masuk 20 kot.Dia baru nak masuk 19.Ahahahaha.Boooooo.Ahhahahaha..Apa apa pon happy happy selalu okay.Selamat berpraktikal okayyyyyy..Anda sentiasa hebat.Bakat yang ada tu guna elok elok okay.Dah dapat gaji nanti belanja aku sama okayyyyyy..Apa apa pon take care..Selamat maju jaya.Jangan lupa janji kita tu.Ahahahaha

Nyanyi jom :)

Isnin, 12 Disember 2011

Pertabalan Sultan Abdul Halim sebagai YDPA Yang ke 14

sultankedaH_siap1

Assalamualaikum semua.Yeah.Korang Apa khabar?Harap harap sihat la ye.Ok entry kali ni special sikit.Entry kali ni berkait rapat dengan PERTABALAN SULTAN KEDAH sebagai YANG DIPERTUAN AGONG.Ya.Ni kali kedua Sultan Kedah jadi Agong.Sebelum ni takdak lagi la sultan yang jadi Agong untuk dua kali.Sultan Kedah yang first.Tu yang bangga sikit tu.Jom usya sikit latar belakang Sultan Kedah.


TARIKH KEPUTERAAN

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah diputerakan pada tanggal 28hb. November 1927.

SULTAN BERJIWA RAKYAT

Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah merupakan seorang putera raja yang amat berhemah tinggi. Tuanku Sultan terkenal dengan pertuturan yang lemah-lembut dan bersopan santun. Baginda adalah seorang pemerintah yang dididik dari kecil dengan nilai-nilai pekerti dan tingkah laku yang berasaskan kepada ajaran agama dan ilmu keduniaan yang luas. Baginda amat mengambil perhatian dalam hal-ehwal agama dan juga kepada rakyat jelata terutama yang menyentuh bidang kuasa baginda sendiri.

Keprihatinan Baginda jelas terbukti apabila Baginda telah berangkat setiap hari ke Wisma Darul Aman, Alor Star. Baginda mahu merapatkan diri dengan kerajaan untuk memudahkan para pentadbir berunding dengan Baginda tanpa mengambil masa mengadap di Istana. Menurut Tuanku Sultan, Menteri Besar boleh memberikan maklumat dengan mudah kepada Baginda jika ada perkara-perkara yang mustahak yang perlu dibincangkan dan diselesaikan khususnya di dalam menjaga keprihatinan rakyat jelata yang berada di bawah naungan Baginda.

Tuanku Sultan juga banyak membuat lawatan ke kawasan luar bandar untuk melihat serta mendengar sendiri masalah rakyat Baginda. Tuanku Sultan disifatkan sebagai "Sultan Berjiwa Rakyat". Tidak hairanlah jika Baginda menjadi seorang sultan yang dikasihi dan disegani seluruh rakyat negeri Kedah Darul Aman khususnya dan negara Malaysia amnya.

PENDIDIKAN AWAL

Tuanku Sultan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran Baginda di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar (1946 – 1948).

Pada bulan Februari 1949, baginda telah berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran dan setelah mengikuti satu kursus persiapan, baginda telah diterima masuk ke Wadham College, Oxford London pada awal tahun 1952 dalam bidang Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam. Sewaktu di England, Baginda telah ditabalkan sebagai Raja Muda Negeri Kedah pada 6 Ogos 1949.

PERKHIDMATAN

Sekembalinya ke tanah air pada tahun 1955 Baginda berkhidmat di Pejabat Daerah Kota Setar dan kemudiannya di Pejabat Perbendaharaan Negeri Kedah. Pada tanggal 9 Mac 1957. Baginda telah dilantik menjadi Pemangku Sultan Kedah kerana Almarhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Badlishah telah berangkat keluar negara pada 12 Mac hingga julai 1957.

Baginda telah bertemu jodoh dengan Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah pada Mac 1956 di Istana Sri Menanti, Negeri Sembilan Darul Khusus. Almarhumah adalah merupakan Puteri sulung kepada Yang diPertua Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad yang juga Yang diPertuan Agong pertama Persekutuan Tanah Melayu.

Hasil perkahwinan diraja ini, Tuanku berdua telah di kurniakan tiga orang puteri iaitu Yang Teramat Mulia Tunku Soraya, Yang Teramat Mulia Tunku Sarina (mangkat) dan Yang Teramat Mulia Tunku Puteri Intan Safinaz.

Pada tanggal 26 Ogos 2003, Kebawah duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Bahiyah telah mangkat di Istana Kuala Chegar, Anak Bukit, Alor Star, Kedah.

Baginda juga telah bertemu jodoh dengan Yang Mulia Che Puan Hajjah Haminah binti Hamidun pada 25 disember 1975. Pada tanggal 9 Januari 2004, telah berlangsung satu istiadat permasyuran Yang Mulia Che Puan Hajjah Haminah binti Hamidun sebagai Sultanah Kedah yang baru dengan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah. Tuanku Sultanah Haminah dilahirkan di Bagan Serai Perak, Darul Ridzuan.

PERTABALAN SEBAGAI TUANKU SULTAN NEGERI KEDAH

Pada tanggal 19 Mac 1957, Baginda telah dilantik menjadi Pemangku Sultan Kedah kerana Almarhum Sultan Badlishah telah berangkat ke luar negeri pada 12 Mac hingga Julai 1957.

Tuanku Sultan menaiki takhta Kerajaan Negeri Kedah Darulaman pada tanggal 14 Julai 1958 setelah ayahanda baginda Almarhum Sultan Badlishah mangkat.

Pada tanggal 20 Februari 1959, Baginda ditabalkan secara rasminya sebagai Sultan Kedah ke-28 dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Bahiyah sebagai Sultanah Kedah dalam satu istiadat gilang gemilang di Balai Besar Alor Star. Menurut catatan sejarah, baginda merupakan sultan kedah yang ke-3 ditabalkan mengikut istiadat. Sultan-sultan sebelumnya iaitu Sultan Rijaluddin Muhammad Shah, Sultan ke-13(1626-1651) di Kota Naga dan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II atau Marhum Melaka, Sultan ke-22 yang juga berlangsung di Balai Besar.

PERTABALAN SEBAGAI YANG DI-PERTUAN AGONG KE V

Tuanku Sultan dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia yang ke-5 iaitu di antara tahun 1970 hingga tahun 1975. Pada 21 September 1970, Baginda dan Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah dengan rasminya sebagai Yang DiPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong V

Adinda Baginda, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Malik(Tuanku Bendahara yang kemudiaanya bergelar Raja Muda) telah dilantik menjadi Pemangku Sultan Kedah. pada masa ini juga Paduka Ayahanda Saudara Tuanku , Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putera Al-Haj bersara dari jawatan Perdana Menteri Malaysia.

PERTABALAN SEBAGAI TIMBALAN YANG DI-PERTUAN AGONG KE XIII

Pada tahun 13 Disember 2006, KDYMM Tuanku telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia XIII.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah menandatangani Surat Perisytiharaan Memegang Jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong sambil diperhatikan Raja-Raja Melayu atau wakil-wakil baginda serta empat Yang Dipertua Negeri di Balairong Seri, Istana Negara .

KEGIATAN SOSIAL

Sebagai seorang yang sangat cintakan ilmu pengetahuan, pada 7 April 1994, Baginda telah dipersembahkan Watikah Perlantikan sebagai Canselor Universiti Utara Malaysia(UUM) sehingga sekarang. Baginda juga menjadi Penaung DiRaja kepada berbagai persatuan dan badan-badan bukan kerajaan di seluruh Negeri Kedah.

KEGEMARAN

Tuanku Sultan Abdul Halim mempunyai minat bermain golf. Sukan golf turut menjadi kegemaran Tuanku Sultanah. Selain golf, semasa muda Tuanku Sultan juga gemar bermain tennis dan billiard.Bagaimanapun, sekarang, Baginda hanya bergiat dalam pemainan golf. Walaupun Baginda gemar bersukan, namun baginda turut mempunyai hobi yang lain iaitu melancong dan fotografi.

Baginda juga berangkat ke Eropah pada tahun 1950 dan 1954. Baginda juga telah mengelilingi dunia pada tahun 1963. Baginda juga amat berminat kepada pemeliharaan haiwan di Istana Anak Bukit. Terdapat Taman Haiwan yang menempatkan pelbagai jenis burung-burung kegemaran Baginda dan juga binatang seperti kuda dan rusa. Baginda sendiri mengambil berat terhadap pengawasan binatang peliharaan setiap hari. Baginda seorang yang mencintai alam semulajadi dan senantiasa memberi perhatian kepada pemuliharaan flora dan fauna.

Inilah serba sedikit riwayat hidup Tuanku Sultan Abdul Halim.Tak kenal maka tak cinta kan.Semua info ni Bob ambil dari sini ha.Ouh ye.Jom kita usya sikit.Apa tugas tugas YDPA ni.Hehehe.

 

Kuasa sebagai Raja Berperlembagaan

Perkara 181 (1), Perlembagaan Persekutuan menjamin kedaulatan dan kuasa raja terus berkekalan. Perlembagaan telah memperuntukkan beberapa kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong. Antaranya ialah baginda diberi kuasa untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain. Baginda juga berperanan sebagai ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Di samping itu, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara.

Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong mempunyai peranan penting yang lain dalam kerajaan termasuklah:

  1. Melantik seorang Perdana Menteri
  2. Menangguhkan pembubaran parlimen
  3. Meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi tujuan membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.

Semoga Allah panjangkan usia Tuanku.Semoga Allah sentiasa melindungi Tuanku.

DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!DAULAT TUANKU!

Jumaat, 9 Disember 2011

Santapan Rohani Di Hari Jumaat

Asssalamualaikum.Selamat petang semua.Terima kasih sebab sudi lagi menjengah blog ni.Kali ni nak cerita sikit pasal HUDUD ni.Bob tau Bob memang tak layak nak cakap pasal hal ni.Tapi mai la sama sama kita usya.Sekarang ni isu HUDUD ni bertiup kencang kan kat Malaysia ni.Tambah bila ada video ni.Eh korang dah tgk ke video tu.Ha video kat bawah ni ha.Kita nibukannya apa.Kalau tak tau tu jangan la dok buat kepala tau.Jangan mempersendakan hukum Allah ni.Kufur hukumnya.Kufur mungkin dengar lembut kan.okay.Hukum mempersendakan hudud adalah kafir.Panas la jugak bila tengok video ni.Sebab dorang ni seolah olah mempersendakan hukum Allah.Tak takut dengan azab Allah ka depa ni.

ni video yg first
ni yang kedua

Hudud (bahasa Arab, juga disebut hadud, hudood; singular hadd, حد, maksud yang sebenar “had”, atau “sekatan”) adalah perkataan yang sering digunakan dalam kesusasteraan Islam untuk batas tingkah laku yang diterima dan hukuman bagi jenayah yang serius. Dalam undang-undang Islam atau Syariah, hudud biasanya merujuk kepada pengelasan hukuman yang ditetapkan untuk jenayah tertentu yang dianggap sebagai “tuntutan Allah.” Antara aspek yang dititikberatkan dalam hukum tersebut termasuklah kecurian, zina, minum arak, dan murtad.


JAWAPAN USTAZ AZHAR IDRUS MENGENAI HUKUM MEMPERSENDAKAN HUDUD

Dengar dan fahamkan
Terima kasih sekali lagi sebab sudi singgah.Insyaallah jumpak lagi nanti.Assalamualaikum semua.Salam Jumaat.Jangan nakal nakal.Dan selamat beramal Smile

Ahad, 4 Disember 2011

Happy Birthday Kwon Yuri

Happy birthday Kwon Yuri, the one and only Black Pearl for SONEs :')

3eea3_yuri_birthday_post12

Happy Birthday Kwon Yuri :D

Jumaat, 2 Disember 2011

Rinduku Bukan Rindumu Jua

Rindu..Kau sukakan melawat aku ni.Bila kau datang je mesti aku jadi tak keruan.Haish.Macam macam yang Bob rindukan ni ha.Kawan kawan di Merbok,kawan kawan sekolah dulu,kawan kawan kawan PLKN Kem Tasik Meranti dan tak lupa juga kat si dia yang jauh di mata tu.Ehem ehem.Errr..Sapa si dia tu?Tettttt….Biarlah awok rahsiakan ja.Tak penting pon ha.Bila rindu je mesti kita akan happy kan.Errr..Korang tanya kenapa happy?Ye la.Mesti la happy bila kita ingat balik kenangan dolu dolu tu.Hehehe.Dah habis happy terus sedih.Ahahaha.Apa punya meroyan la kan.Ye la sedih sebab lama tak jumpa.Tipu la kalau tak sedih ha.

Mula mula sekali Bob rindu sangat dekat arwah tok Bob.Dah 4 tahun tok pergi kan.4 tahun tu bukan tempoh yang pendek.Rindu sangat sangat dekat tok.RINDU YANG TAK TERUNGKAP.Hidup Along jadi macam tak sempurna ja bila tok takdak ni.Hilang tempat Along nak mengadu.Rindu dengar suara tok.Leteran tok tu.Ish lama la tak dengar.Dulu slalu la dengar tok berletiaq.Tapi la ni dah tak dah kan.Rindu nak makan masakan tok.Sapa pon tak leh lawan skill memasak tok tu.Yang paling penting,nasi goreng tok meletopss sangat.Along rindu tok!!

Tok mah masuk wad

PL3H..I rindu uoooolllsss weh..Korang rindu aku tak?3 sem kita kongsi suka duka an.Macam macam kita buat sekali.Aku takkan lupakan korang.Korang sentiasa di hati.Errr..Korang mesti rindu aku kan.Takpe.Mengaku je la.Ahahahaha.

304645_1744981163383_1804395036_1199065_886983_nSAM_2620SAM_2624SAM_2625SAM_2627SAM_2629SAM_2631

Onichan..Rindu sangat kat onichan.Serius tak tipu.Lama tak jumpak onichan kan.Last jumpak pon bulan Mei lepas ha.Time kita main boling ramai ramai dulu tu.Dah 7 bulan okayyyyy.Haish..Adoi.Onichan ni memang kan.Call tak angkat.Mesej jarang balas.Busy memanjang.Haish..Tapi kalau kat FB tu balas pulak.IT sangat aih.Ahahaha.

SAM_2522

PLKN KEM TASIK MERANTI ROXXXXX!!!Alpha adalah kompeni Bob okayyy..Superb habis.Serius rindu korang.Dok kat kem ni memang best.Cikgu-cikgu yang sporting habis.I think ni antara kem PLKN terbaik kot.Buat adik adik yang dapat PLKN tu doakan supaya dapat kem ni okayyy.Sumpah tak menyesal.Dekat sangat dengan alam.Fuhhhh..Time kat PLKN ni korang akan belajar macam macam.Kawan pulak macam macam ada.Memang macam satu keluarga yang besaq.

SAM_0946

SAM_0982SAM_0983SAM_1027

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...