Asssalamualaikum.Selamat petang semua.Terima kasih sebab sudi lagi menjengah blog ni.Kali ni nak cerita sikit pasal HUDUD ni.Bob tau Bob memang tak layak nak cakap pasal hal ni.Tapi mai la sama sama kita usya.Sekarang ni isu HUDUD ni bertiup kencang kan kat Malaysia ni.Tambah bila ada video ni.Eh korang dah tgk ke video tu.Ha video kat bawah ni ha.Kita nibukannya apa.Kalau tak tau tu jangan la dok buat kepala tau.Jangan mempersendakan hukum Allah ni.Kufur hukumnya.Kufur mungkin dengar lembut kan.okay.Hukum mempersendakan hudud adalah kafir.Panas la jugak bila tengok video ni.Sebab dorang ni seolah olah mempersendakan hukum Allah.Tak takut dengan azab Allah ka depa ni.
Hudud (bahasa Arab, juga disebut hadud, hudood; singular hadd, حد, maksud yang sebenar “had”, atau “sekatan”) adalah perkataan yang sering digunakan dalam kesusasteraan Islam untuk batas tingkah laku yang diterima dan hukuman bagi jenayah yang serius. Dalam undang-undang Islam atau Syariah, hudud biasanya merujuk kepada pengelasan hukuman yang ditetapkan untuk jenayah tertentu yang dianggap sebagai “tuntutan Allah.” Antara aspek yang dititikberatkan dalam hukum tersebut termasuklah kecurian, zina, minum arak, dan murtad.
JAWAPAN USTAZ AZHAR IDRUS MENGENAI HUKUM MEMPERSENDAKAN HUDUD
Tiada ulasan:
Catat Ulasan