Ahad, 14 Ogos 2011

Mimpi Malam Ramadhan~

14 Ramadhan 1432H,

Di keheningan malam itu aku bermimpi,

mimpi yang tidak asing bagiku,

mimpi itu selalu bertandang,

tapi kali ini,

sedikit berbeza.

Kunjungan mimpi itu sangat istimewa pada kali ini,

masih jelas terbayang,

aku duduk bersila di tengah ruang tamu,

berbaju melayu lengkap bersongkok,

aku bagaikan termanggu,

apakah semua ini?

seorang wanita separuh abad menjengah keluar dari bilik,

wajah itu tidak asing bagiku,

itulah wajah kesayangan hamba,

itulah arwah nenekku yang sudah pergi mengadap Ilahi,

Dia senyum melihatku,

pipiku mula dibasahi dengan air mata,

betapa aku rindunya dengan wajah itu,

tiada apa yang mampu ku katakan,

aku bersalam dengannya.

ku cium pipinya dengan penuh kasih sayang,

ku peluk erat tidak mahu melepaskannya,

“SELAMAT HARI RAYA TOK,”

“ALONG MINTA MAAF,”

tiba-tiba,aku tersentak.

terjaga dari tidur ku.

air mata membasahi pipi,

walaupun semua in hanya mimpi,

aku tetap gembira.

aku sempat berjumpa lagi dengan nenekku,

tak kisahlah walau hanya dalam mimpi.

p/s maaf kalau entry ni mengarut.ni la apa yg saya mimpikan,tok.along rindu kat tok.

4 ulasan:

Anis Aufa Abdullah berkata...

Same as me.. :( i miss my grandpa too much..

TUN Syed Husainie Faruzi berkata...

tu la pasai.rindu sgt2 :(

Muhammad Izzuddin berkata...

walaupun mimpi itu bukan sumber pedoman yang jelas, itu tidak bermakna mimpi bukan suatu yang langsung tidak boleh diambil 'ibrohnya (pedomannya).

kadang kadang ALlah sengaja memberi mimpi mimpi yang menjadi alamat kepada insan insan terpilih tambah tambah lagi insan yang soleh disisiNya.

semoga roh nenda Bob sejahtera disana, amen. :)

Unknown berkata...

along sedihnyaaa :'(

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...