Hari ini, hati ini seperti merasai satu kehilangan
Walaupun detik itu belum lagi terjadi
Namun perasaan ini sudah mahu meledak
Menghamburkan segalanya dalam hati
Wajah tersenyum hati mula menangis
tiada siapa yang mendengarnya
Disini kita bertemu
Tanpa mengetahui apa yang akan hilang
Disini kita merasai ada yang pasti hilang
Tanpa mengetahui apa yang kita temui
Dan kita seakan terus mencari
Tanpa kita tahu ianya sudah hampir datang.....
Akan ada kerinduan yang merutun jiwa?
Akan kukuhkah kenangan diminda?
Akan tersimpankah ia menjadi sejarah?
Semuanya masih belum pasti
Tetapi pada ketika ini, saat ini dan dihati ini
Seakan-akan tidak mahu menerima
Sebuah kenyataan yang pastinya akan terjadi
Masa.....andai aku mempunyai kuasa
tidak akan ku benarkan ia berputar
kerana aku takut pada perpisahan
Maafkan segala kekhilafanku,aku hanyalah insan biasa
Buat semua rakan-rakan PreLaw semester 3 UiTM Kedah
Maaf kalau aku ada buat salah dengan hampa semua.Sayang hampa semua.kenangan bersama tetap tersemat di dalam kalbu.sehingga ketemu lagi
3 ulasan:
letakla gmbar whai bobby....
ada dalam satu lg punya entry.tu time part 1 la.part 3 punya xbuat lg
semoga berjumpa lagi bob :')
Catat Ulasan