Sabtu, 23 April 2011

Di Mana Letaknya Kasih Sayang mu Wahai Anak~

Assalamualaikum.Hurm.Hari sabtu yang sangat memenatkan.Penat bershopping.Tadi sempat la membaca satu entry ni dari Blog Miss Shikio.Sedih sangat.Rasa geram pun aada.Kalau korang nak baca,korang klik la kat link tu.Bacalah.Bacalah dengan penghayatan.Baca dengan mata hatimu.Semoga kita merasai apa yang cuba disampaikan oleh beliau.

Amat sedih bila seorang ibu diperlakukan sebegitu rupa.Warga emas itu seharusnya disayangi.Bukannya diperlakukan begitu.Hurm.Mesti remuk hati si ibu apabila diperlakukan sebegitu rupa.Mana taknya.Anak yang dikandung 9 bulan,ditatang bagai minyak yang penuh diperlakukan sebegitu rupa.
Buat si isteri pulak,hormatilah ibu mertua anda.Kerana sesungguhnya ibu mertua itu adalah seperti ibu kandungmu.Jadi,jika engkau tak sempat berbakti pada ibumu,kau curahkanlah baktimu pada ibu mertuamu.Tak rugi kan.Hurm.Semoga Allah memberi hidayah kepada pasangan ini.Ingatlah seperkara lagi.Allah itu Maha Adil.DIA takkan melihat sahaja perkara ini.Satu hari nanti anak-anakmu pasti melakukan perkara yang sama padamu.Roda sentiasa berputar Smile

“Ya Allah Ya Tuhanku,Kau kuatkanlah hati nenek itu agar dapat dia tempuhi semua ini.Tanamkanlah kesabaran dalam dirinya.Permudahkan segala urusannya.Tempatlah dia dalam golongan kekasihMu.”

Apabila perasaan kasih itu sudah hilang,
tatkaLA itulah lenyap perikemanusiaannya,
usah ditanya mana ia menghilang,
anak penyayang menjadi garang.

“Allah itu Maha Adil.Buat baik dibalas baik.Buat jahat tu,Ha standby je la”
“Mula-mula,aku ingat benda ni adalah dalam drama je.Tak sangka benda ni wujud.Sabo je la”
p/s sayangilah ibumu.sayangilah ibu mertuamu (tu pun jika dah kawin la)

2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...