Khamis, 8 November 2012

10 Tips untuk Berjaya

Kejayaan merupakan sesuatu yang sentiasa diidamkan oleh setiap manusia. Tidak normal seseorang manusia itu jika tiada perasaan ingin berjaya. Namun nak mengecapi kejayaan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Bukan juga perkara yang mustahil. Jika kena caranya, maka kejayaan itu bakal menjadi milik anda.

1. Tetapkan arah tuju

Adalah perkara yang penting untuk anda tetapkan arah tuju anda. Ini bakal memudahkan anda dalam menuju destinasi yang anda ingin tuju. Anda mahu berjaya. Namun tiada arah tuju yang tetap. Bagaimana anda mahu memacu kejayaan yang anda idam idamkan? Tidak hairanlah jika anda tersesat semasa menuju destinasi anda. Ini kerana anda tidak ada arah tuju yang tetap.

2. Fokus kepada arah tuju

Setelah mempunyai arah tuju, anda haruslah fokus untuk sampai ke arah tuju anda itu. Jangan biarkan halangan halangan di sepanjang perjalanan anda itu melemahkan anda. Fokus di sini beerti anda tetap dengan pendirian anda untuk berjaya. Teruskan menuju kejayaan. Anda mampu mengubahnya.

3. Jangan pernah putus asa

Harus diingatkan bahawa perjalanan menuju kejayaan bukanlah satu perjalanan yang lancar. Akan ada dugaan dan juga cabaran yang bakal menjengah anda di sepanjang perjalanan itu. Namun, hati dan juga diri anda haruslah kuat untuk menangkis segala dugaan yang datang. Jika ditakdirkan anda gagal dalam perjalanan itu, maka janganlah bersedih atau patah semangat. Bina semula dari bawah. Jangan sesekali tunduk dengan kegagalan. Kerana harus diingat bahawa kegagalan itu adalah kejayaan yang tertunda. Jangan jadi orang yang mudah mengalah kerana orang yang mudah mengalah tidak akan pernah berjaya. Mereka tidak percaya dengan kelebihan diri masing masing.

4. Belajar dari kesilapan

Setiap kesilapan yang berlaku tidak seharusnya dibiar begitu sahaja. Kerana di dalam kesilapan itu ada pengajarannya. Tidak semua yang mampu belajar dari kesilapan yang telah dilakukan. Mereka terus menyalahkan diri sendiri tak kurang juga yang menuding jari ke arah orang lain tanpa memperoleh apa apa. Betapa ruginya mereka ini.

5. Merancang kejayaan demi masa depan anda

Sering kali kita dengar bahawa mereka yang gagal merancang merupakan merancang untuk gagal. Jadi di sini kita dapat lihat betapa pentingnya perancangan dalam sesuatu situasi. Dengan perancangan yang mantap, Insyaallah perjalanan menuju kejayaan yang diidamkan akan lebih lancar.

6. Sayangilah diri sendiri

Sayangilah diri sendiri. Jangan menzalimi diri sendiri. Jangan menjebakkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat kerana ini akan membantutkan proses kejayaan anda.

7. Neutralkan tabiat buruk

Agak mustahil untuk kita membuang tabiat buruk yang melekat dengan diri kita ni. Setiap manusia pasti akan ada tabiat buruk yang dah sebati dengan diri sendiri. Untuk berjaya, tabiat tabiat ini haruslah dineutralkan kerana bimbang suatu hari nanti, tabiat tabiat ini akan bertukar menjadi virus yang berbahaya.

8. Letakkan diri anda dalam keadaan yang bermotivasi

Sentiasa memotivasikan diri anda untuk menjadi orang yang berjaya. Sentiasalah berada dalam kalangan orang orang yang berjaya kerana ini akan memberi semangat untuk anda berjaya seperti mereka. Motivasi boleh diumpamakan dengan mandi. Kita perlu mandi tiap tiap hari. Barulah segar dan wangi. Begitu juga dengan diri kita. Kena sentiasa memotivasikan diri kita. Barulah semangat ingin berjaya itu akan muncul.

9. Bertindak untuk berjaya

Semangat sahaja tidak mencukupi. Haruslah ada tindakan untuk berjaya. Tindakan pula bukan sebarang tindakan. Kita bertindak untuk berjaya. Jadi tindakan yang dilakukan tidak akan sama dengan tindakan yang biasa. Harus ada luarbiasa dalam melaksanakan tindakan ini. Nak berjaya? Semua orang nak berjaya. Bertindak? Semua orang bertindak untuk berjaya. Tapi tindakannya biasa biasa sahaja. Kejayaannya kurang memberangsangkan.

10. Doa, usaha dan tawakal

Berdoalah. Pohonlah kejayaan dan bantuan dari Ilahi. Berdoalah supaya dipermudahkan segala urusan. Berusahalah untuk berjaya. Berusahalah untuk mejadi orang yang berjaya. Doa tanpa usaha adalah sia sia. Apabila sudah berdoa, maka berusahalah ke arah doa yang dipohon. Berusahalah untuk berjaya. Berdoa sudah. Berusaha sudah. Akhir sekali, serahkan semuanya kepada Allah kerana DIA lebih mengetahui apa yang kita tidak tahu

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...