Khamis, 26 Mei 2011

Perkara yang Paling Aku Sesali

Assalamualaikum.Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.Demi Allah yang menciptakan segala yang ada di langit dan segala yang ada di Bumi.Alhamdulillah kerana masih setia bersama-sama dengan Bob.Masih sudi rupanya korang menjengah ke blog ni.Terima kasih daun keladi.Hehehe.Baik-baik dengan daun keladi.Nanti miang satu badan.Kang sapa yang susah?Family korang jugak yang susah kan.Entry malam ni bukan la entry yang berbentuk ilmiah.Entry kali ni lebih kepada pengalaman hidup.Luahan rasa hati Bob sendiri.Korang ada tak benda yang paling menyesal sebab tak sempat buat.Hurm.Kalau ada tu share la dengan Bob.Hehehe.I have one.Sangat menyesal sebab tak sempat buat.

Benda yang paling Bob menyesal dalam hidup Bob ialah Bob takdak di sisi arwah tok Bob time tok Bob nak meninggal.Menyesal sangat-sangat.Sedih.20/07/2007 merupakan satu tarikh yang takkan Bob lupa.Sampai bila-bila.Tarikh pemergian insan yang paling Bob sayang dalam hidup.Ketika itu,hidupku kosong.Tiada apa lagi yang tinggal.Tiada ku berkata-kata.Aku diam seribu bahasa.Hanya linangan air mata yang bisa ku berikan pada tetamu yang hadir.Hurm.

Ingat lagi time tu dalam pukul 5 lebih.Lepas tengok cerita Mutiara Hati.Bob pi keluar rumah.Ambik angin kat depan rumah.Sambil-sambil tu Bob pasang lagu ending Mutiara Hati.Petang tu memang rasa tak sedap hati dah.Tapi tidak ada siapa pun yang mampu menjawab persoalan itu.Tiba-tiba deringan telefon di rumah kedengaran.Bob buat tak tau je.Mak yang angkat.

“Apa!Mak jatuh bilik air”

Itulah apa yang keluar dari mulut mak Bob.

“Tok jatuh bilik air ka mak?”

“Ha.Pi bersiap cepat.Habaq kat acu hang sama.Tok hang duk melalut dah tu,”

Bob terus ke rumah Acu yang tak jauh dari rumah Bob.

“Acu,pi bersiap cepat.Tok jatuh bilik air.”

“Ya Allah.Macam mana boleh jatuh ni.Sat-sat nak bersiap dulu,”

Bila semuanya dah ready,kami terus bertolak ke Changlun.Doa tak putus-putus dari dalam kereta time tu.Berdebar-debar.Takut.Sampai je Asun,sebuah ambulans memotong kami.Hati ni makin bimbang.Ntah-ntah ambulans ni pi rumah tok pa.Soalan ini tiba-tiba muncul secara tiba-tiba.Aku terus menelefon tok wan aku di kampung.

“Tok Wan ada telefon ambulans ka?”

“Ada.Awat.Tau mana?”

“Ambulans tu selisih dengan kami kat Asun ni,”

“Takpa-takpa.Pesan kat abah hang suruh bawak kereta elok-elok,”

Hati aku makin tak sedap.Sangat gelisah.Hati aku bertambah remuk bila aku sampai rumah tok aku.Orang ramai.Semuanya pakai baju kurung.Yang lelaki pakai kopiah ngan songkok.Aku longlai.Apa yang aku takutkan dah jadi kenyataan.Tok aku dah pergi.Masuk je ruang tamu,semua orang tengok aku.

“Ni la cucu gemuk Tok Mah.Tok Mah sayang sungguh ni dengan yang ni”antara kata-kata yang aku masih ingat.

Aku masuk bilik tengah.Kelihatan sekujur badan sedang baring di atas katil.Aku longlai.Aku terus pengsan.Selepas aku sedar,time tu dah malam.Dah Isyak.Baju hitam aku tu dipenuhi dengan air mata.Aku bisu malam tu.Aku menuju ke arah tok wan aku.

“Awat tok wan tak habaq yang tok dah tak dak.awat tok wan bohong along?”Tok wan hanya diam.

“Tok wan takut nanti hampa bawak kereta laju-laju.tok wan takmau kehilangan hampa,”aku kembali nangis.

Aku masuk kat bilik depan.Tenang je wajah Tok Mah time tu.Macam tengah tidur.Aku mendekati sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa itu.Tiba-tiba,Imran masuk.Imran ni budak yang tok aku mengasuh.Baru berusia sekitar 6 tahun.Tok aku mengasuh dari kecik lagi.Dari umur dua tahun kot.

“Ayah,nape Cik Mah tidur tu.Kita mai rumah dia.Tapi dia tidur pulak,”aku sebak gila time ni.

“Cik Mah dah takdak.Allah dah ambik Cik Mah dok dengan DIA.”ayah Imran menjawab.Aku hanya diam.Aku tak mampu nak kata apa-apa.

Pak Long aku masih belum sampai.Pak Long aku dok kat KL.Malam tu aku baca Yasin di hujung kepala tok aku.Aku tatap wajahnya puas-puas.Air mata masih lagi mengalir.Adik-adik tok aku pun datang baca Yasin dengan aku.Malam tu aku tidur sebelah tok aku.Malam tu malam last aku tidur dengan tok aku.

Dalam pukul 4 pagi,Pak Long aku sampai.Matanya merah.Aku tahu.Pak Long pon sedih.Pak Long terus masuk bilik.Dikucupnya tok aku.Aku hanya melihat.Tak mampu nak kata apa-apa.Pastu ayah aku bawak tok wan aku pergi makan.Aku rasa kehilangan sangat-sangat time tu.Aku tiada siapa-siapa lagi.

Pagi tu dalam pukul 9 pagi,dorang mandikan jenazah.Aku pon pi sama.Aku menangis.Aku tatap wajah tok aku lagi sekali.Sebak sangat.Dalam pukul 10 lebih jenazah dibawa ke ruang tamu.Untuk dikapankan.Pastu,tukang kapan tu panggil.

“Waris si mati kalau nak cium mai cepat,”

Aku orang pertama yang pi.Sebak.Pilu.Hati aku hancur.Terus ku kucup dahi Tok Mah.Ku kucup pipi Tok Mah.Aku kena redha.Redha dengan pemergian Tok Mah.Selepas semuanya selesai,jenazah Tok Mah dibawa ke Masjid Ihya Ulumuddin,Changlun untuk disemadikan.Time nak solat jenazah tu,siak masjid tu datang memeluk aku.

“Sabar Along”

Aku tak mampu nak kata apa-apa.Aku lemah.Time nak dikebumikan tu,ditanya sekali lagi.

“Sapa yang nak tengok muka Tok Mah untuk last time tu mai cepat.”

Sekali lagi aku pi tengok.Aku menangis lagi.Lepas ni,wajah orang yang aku sayang akan dimamah ulat.Aku tak mampu untuk memikirkannya lagi.Aku tahan juga sampai semuanya selesai.Urusan pengebumian jenazah berjalan dengan lancar.Alhamdulillah.

Sekarang ni dah 4 tahun tok mah pergi.Rasa kehilangan tu sangat la dirasai.Setiap kejayaan Along dapat,Along tak sempat nak share dengan tok.Along paling sedih time ada budak diploma tu mendaftar time sem lepas.Along nampak dia bawak tok dia mai jugak.Along dah tak dak tok.Along rindu sangat-sangat kat tok.Along tak tau nak luah kat sapa.Along tak pernah luah kat mak.Along tak pernah luah dekat acu.Kat blog ni la tempat Along luah.Walaupun tok dah tak dak,tok tetap hidup dalam hati Along.Along rindu nak dengar leteran tok.Along rindu masakan tok.Along rindu nasi  goreng tok.Along rindu semua yang berkaitan dengan tok.

Sekian sahaja entry kali ni.Maaf kalau emosional sikit.Sekadar luahan.Semoga Tok Mah ditempat dalam kalangan kekasih Allah.Al-Fatihah.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...